Hikmah bermimpikan akan kematian. Saya pasti ada di kalangan anda yang pernah mimpikan kematian. Ada banyak jenis mimpi kematian. Ada yang mimpi diri sendiri mati dan dikafankan. Ada pula antara kita yang bermimpikan kematian orang lain. Ada juga yang mimpikan diri mati dan dihidupkan semula.

Dalam banyak kitab, mimpi itu datang kepada kita dalam dua bentuk iaitu mimpi baik dan mimpi buruk - mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T, mana yang buruk itu datangnya dari Syaitan.

Hikmah Mimpikan Kematian

Hikmah dan 10 Tafsiran Mimpi Kematian
Walaubagaimanapun, terdapat juga ustaz yang mengatakan bahawa mimpi itu terbahagi kepada 3 iaitu pertamanya ialah mimpi yang benar dari Allah S.W.T, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan nasr (pertolongan dan maunah) kepada orang yang soleh.

Kedua ialah mimpi buruk yang daripada syaitan. Dan ketiga ialah mimpi biasa yang berlaku akibat terbawa kehidupan seharian dalam pemikiran sehingga masuk dalam tidur lalu menjadi mimpi akibat kelesuan otak. Ini bersandarkan kepada satu hadith riwayat Ahmad.
"Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan" (H.R Ahmad)
Hikmah Tafsiran Mimpikan Kematian
Saya sendiri akui telah banyak kali bermimpi. Dari segi sains, mimpi hanyalah sekadar mainan tidur tanpa ada signifikasi jelas. Ketika seorang yang tidur itu bermimpi, neuron atau saraf di dalam otaknya akan menjadi aktif sehinggakan boleh memberikan bayangan-bayangan tertentu di dalam keadaan separa sedar.

Mimpi telah dijelaskan secara fisiologis sebagai respon pada proses syaraf pada saat tidur, secara psikologis sebagai cerminan bawah sedar, dan secara spiritual sebagai pesanan dari Tuhan, predikasi masa depan atau berasal dari jiwa, kerana simbologi mimpi itu sendiri adalah bahasa jiwa, yang tidak terungkap dalam keadaan tubuh sedar.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (H.R Riwayat Muslim)

Kategori Mimpi

Seperti dah dinyatakan tadi, mimpi itu terbahagi kepada tiga, iaitu
  1. Mimpi yang benar dari Allah swt, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan nasr (pertolongan & Maunah) kepada orang yang soleh
  2. Mimpi buruk yang daripada syaitan
  3. Mimpi biasa yang berlaku seharian akibat terbawa kehidupan seharian dalam pemikiran sehingga masuk dalam tidur lalu menjadi mimpi akibat kelesuan otak.

Hikmah Tafsiran Mimpikan Kematian
Bila ditanya, apakah penafsiran mimpi akan kematian; ada beberapa tafsiran mengenainya yang berlandaskan kepada kronologi dan bagaimana mimpi kematian itu dibayangkan sewaktu sedang tidur.

Maksud Mimpi Berkaitan Kematian

Saya kongsikan serba sedikit beberapa penafsiran mengenai mimpi kematian. Penafsiran ini diambil berdasarkan kepada Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam. Ia adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Siapa beliau, akan diterangkan pada akhir perenggan post ini, in Sha Allah.
  1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami."
  2. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
  3. Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya.
  4. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
  5. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.
  6. Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bermimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
  7. Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.
  8. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.
  9. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya.
  10. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.
Itulah antara sebahagian tafsiran mimpi mengenai kematian. Saya akui mimpi adakalanya boleh membantu diri untuk perbaiki kehidupan. Bukan semua mimpi itu wajar diceritakan. Mana yang baik, harus disebarkan, manakala mimpi yang tidak elok, lebih baik disimpan untuk diri sendiri. Apapun mimpi berkaitan kematian ada hikmahnya sendiri.

[ADS] Urus Pusaka TANPA TUNAI - Klik untuk info

Apabila bermimpi kematian, setidak-tidaknya kita yang tersedar dari mimpi akan meyedari hakikat bahawa semua kehidupan akan menemui ajal. Seandainya kita memilih untuk mengambil mimpi kematian itu satu iktibar, maka in Sha Allah, ia akan menjadi satu hikmah terbaik dalam hidup.
"Apabila zaman mendekati hari kiamat maka tidaklah mimpi seorang muslim itu berdusta." (H.R Bukhari)
Baiklah, seperti diberitahu di awal post, saya ada beritahu bahawa tafsiran mimpi kematian diambil bersandarkan kepasa sebuah kitab yang ditulis oleh Ibni Sirin. Siapakah beliau?

Siapa Ibnu Sirin - Penulis asal Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam

Muhammad Bin Sirin lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau adalah seorang ulama. Di samping mendalami ilmu-ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lainnya, beliau terkenal sebagai seorang pakar dan mahir dalam menafsirkan mimpi. Penafsiran mimpi yang dilakukannya banyak mengaitkan ayat-ayat Al-Quran, dan Hadis Nabi S.A.W, di samping pengalamannya yang luas dalam menafsirkan mimpi.

[ADS] Urus Pusaka TANPA TUNAI - Klik untuk info

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya itu ada berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Semoga bermanfaat. In Sha Allah.

31 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pernh mmpi mcm ni juga..tp bkn sy yg mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni .. sebelum tidur, doa untuk mimpikan yang baik2 sahaja. Ambil wudhuk dan baca 3 khul serta ayatul Khursi.

      Delete
  2. Mimpi ngeri semua org tak nak..lagi2 yang berkaitan kematian. Ini kerana sikap manusia yang sentiasa takut utk mati tetapi tetap tidak mahu melaksanakan solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan baik Islam...tu yang kita kena ambil pengajaran...yang pasti, bersedia atau tidak, mati pasti semakin menghampiri kita semua..semoga kesudahan hidup kita dalam husnul Khatimah...Amin..

    ReplyDelete
  3. Bila ikut org urus jenazah sampai kebumikan , masuk dalam liang kubur...malam tu tidur adalah mimpi. Bila tanya org tua...ada yg kata kena badi mayat.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga ya tafsiran tentang mimpi berkaitan mati, ada yang baik dan ada yang baik. Semoga tafsiran mimpi kita yang indaj/indah.,,

    ReplyDelete
  5. Sya mimpi sorg pempuan cina Berkata. Sye akan meninggal selepas 5 hari. Skrg 3 hari ya berlalu. Tinggal 2 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa berlaku selepas 5 hari ye? Nak tahu ni

      Delete
    2. saya pula pernah beberapa kali mimpi perkara semcam ini...antarnya lah..
      1) arwah nenek...sebelum meninggal..banyak kali muncul dlm mimpi bgtau dia dah nak mati...saya sedih campur takut pun ada..memang x lama lepas tu..nenek betul2 meninggal dunia
      2) jiran tiba-tiba datang rumah (dlm mimpi)..bg tau dia x lama lagi nak mati..x sampai 2 minggu lh..dia betul2 meninggal..

      Delete
  6. Sy pernah mimpi sy telah mati...tkot semua ad...sy tnye kwn2 semua xpernah mimpi mcm sy...ingat sy jer mimpi mcm ni...rpenye bnyk lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... ramai yang pernah alami mimpi yang serupa ...

      Delete
  7. Kalau mimpi seolah-olah diberitahu yg anda akan mati camana pulak?

    ReplyDelete
  8. Apa maksud kalau kite sndiri tengah tggu saat kematian kite yg dalam jangkaan sy beberapa jam je lgi.. Takde sakit apa2, tp dalam mimpi tu kiraan denyutan jantung semakin berkurang. Apa mksudnya ye?

    ReplyDelete
  9. "Sesiapa yang melihat seolah-olah dirinya belum mati bererti ajalnya sudah dekat"

    Boleh terangkan dengan lebih jelas??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapatlah saya terangkan apa yang dimaksudkan, dan tiada dalam perenggan di dalam post menyatakan demikian.

      Delete
  10. Apa pula maksud kalau bermimpi mendapat berita kematian ahli keluarga ?

    ReplyDelete
  11. apa pula maksud kalau mendapat berita kematian ahli keluarga ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rujuk kitab yang dimaksudkan atau bertanya pada yang ahli. Saya tiada pengetahuan ini.

      Delete
  12. Semoga Allah tetap melindungi kita semua, aamiin...

    ReplyDelete
  13. Sy brmimpikn sy mninggal bersama teman sy,apkh maksudnya?

    ReplyDelete
  14. Apa maksud mimpi mcm nak mati tapi tak mati ..tapi mpi tu memg rasa cm nk mati xp xmati2.. Apa maksudnya ye..

    ReplyDelete
  15. Admin nak tanya yg sesiapa melihat seolah2 dia belum mati tu mcm mne ?

    ReplyDelete
  16. Saya bermimpi isteri saya meniggal dunia, selepas tersedar sy menangis sekuatnya sambil memeluk isteri. Kerana mimpi itu seumpama benar rasanya. Apakah tandanya ye? adakah itu mainan syaitan kerana kebelakangan ini sy di kelilingi oleh berita pemergian orang2 yg terdekat.

    ReplyDelete
  17. suka keluar keringat dingin kalo mimpi yang kaya gini..

    ReplyDelete
  18. terima kasih sebab share. best baca

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. Saya tersedar drp mimpi awal pagi tadi.. Anak saya video call sambil menunggang motosikal dan saya menegur bahaya dan suruh letak.. Sejurus itu saya melihat anak saya terlanggar bahagian tepi kepala lori kontena dan terpelanting berguling sehingga putus kepala.. Allahuakbar saya xmampu menangis sehingga saki dada teramat sangat sehingga sya sedar😭 mengucap dan istifar panjang terus memohon pada Allah agar anak saya sentiasa dilindungi dan dipanjangkan umur.. Mohon perkongsian apakah makna mimpi saya?

    ReplyDelete
  20. Di usia muda remaja mimpi mungkin umpama angin yang berlalu.

    Bila semakin berumur, mungkin sesetengah mimpi itu nampak real, menakutkan dan buat ramai orang terkena masalah susah nak tidur.

    Paling saya selalu mimpi, berjalan tapi tidak jejak tanah macam terapung-apung. Boleh sesiapa bantu saya tentang apa maksudnya. Di situasi sebenar buat rasa kita macam tercungap-cungap.

    Lagi satu selalu terkejut sebab rasa macam menghempas badan atau terjatuh dari atas semasa tidur. Ia taklah menakutkan, cuma rasa macam dah jadi habit/biasa berlaku masa tidur.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..tadik subuh sy bermimpi..pkcik sy memang dah lama meninggal..tapii sy mimpii diaa dibunuh dan di bungkus dgnn plastikkk dann dlm plastik penuh dgnn air.Dan Di Sebelah nya Makcik sy iaitu isteri kpda Arwah.Tapi Mkcikk Sy Bngunn Dia Di Seksa Tapii Tak Mati Cuma Pingsan Dan Di Balut kain.Allahuakbar..Apaa Makna Mimpi sy???

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.... sy bermimpi yg sy meninggal tnpa sbb... lepastu sy tk dikafankn cuma tunggu smpai tubuh sy berulat.... apa maksud mimpi tu?

    ReplyDelete
  23. Bila kau terjaga selepas mimpi melihat kematian mu automatik insaf.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement