Saya ada ceritakan mengenai jemputan eksklusif ini dalam entri -Undangan IncredibleZenDay by Asus. Alang-alang dah dapat sehelai t-shirt, maka saya gagahkan diri ke majlis tersebut. Saya telah bertolak dengan KTM Senandung Langkawi jam 11:20 malam dari Parit Buntar dan tiba ke KL Sentral jam 6:00 pagi. Sebaik tiba, saya menuju ke Pandan Indah, jenguk emak saya di rumah adik sebelum bertolak ke KL Live menaiki pengangkutan Prasarana Negara... hoho.
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
Ada Yang Hadir Seawal Jam 7 Pagi
Saya difahamkan ada yang telah menunggu di depan pintu KL Live seawal jam 7 pagi. Perghh memang bersemangat sungguh la, almaklumlah 100 pertama yang hadir mendaftarkan diri akan dapat hadiah istimewa sebuah powerbank khas untuk Zenfone.Majlis #IncredibleZenDay sepatutnya bermula jam 9:00 pagi, namun disebabkan sambutan yang diberikan luar biasa, majlis terpaksa bermula agak lewat. Fuhh .. lenguh saya berdiri terpaksa beratur panjang hanya untuk mendaftarkan diri. Nasib baiklah ada kelibat beberapa wajah-wajah cantik yang buat mata letih jadi segar .. hoho.
Apabila masuk sahaja ke ruang majlis pelancaran KL Live, keadaan nampak sesak dengan berkerumunnya peminat-peminat Zenfone di bahagian hadapan pentas. Semua nampak sama dengan t-shirt Zenfone 2. Semua teruja untuk melihat dan mendengar lebih teliti akan kelebihan-kelebihan yang ada pada telefon pintar Zenfone 2 ini.
Akhirnya, penantian ramai peminat Zenfone berakhir apabila wakil-wakil Asus Malaysia berada di pentas utama KL Live. 'Persembahan' dimulakan satu persatu menunjukkan segala kelebihan dan ciri terbaik yang ada pada produk-produk Asus terutamanya Zenfone yang menjadi telefon pintar ketiga paling popular dan paling laris di Malaysia pada 2014.
Banyak Ciri Terbaru Diperkenalkan Dalam Asus Zenfone 2
Saya sendiri berasa kagum dengan beberapa penampilan ciri-ciri terbaik yang ada pada Zenfone 2, terutama sekali cirian kamera dengan Pixel Master 2.0, fungsi kamera wide angle untuk selfie (panorama), butang belakang untuk ambilan gambar selfie, ZenMotion Gesture dan cover atau casing Zenfone yang lain dari yang lain.Harga Rasmi Zenfone 2 Malaysia
Ok. Dari segi harga, Zenfone 2 diperkenalkan dengan harga rasmi permulaan RM599 bagi versi 2GB RAM sehinggalah ke RM1299 untuk variasi Zenfone 2 4GB RAM. Harga ini berbeza mengikut spesifikasi Zenfone 2 yang dijual. Variasi harga Zenfone 2 4GB RAM ZE551ML bermula dari RM1099 (32GB Memori) sehingga RM1299 (54GB Memori).Komen Mengenai Majlis #IncredibleZenDay
Inilah pengalaman pertama saya berada dalam majlis pelancaran gajet di Malaysia. Dan saya mungkin akan cuba untuk hadir ke majlis-majlis seumpama ini di lain masa andai ada jemputan diterima.Secara amnya, majlis pelancaran #IncredibleZenDay Zenfone 2 di KL Live berlansung agak meriah walaupun ada ketika majlis menjadi tidak tentu hala akibat kawasan ruang yang agak sempit. Apatah lagi apabila ada sesi mengambil cop untuk mendapatkan freebies yang disediakan.
Walaubagaimanapun, ruang untuk menguji peranti Asus Zenfone 2 ini agak baik memandangkan pihak penganjur telah meyediakan banyak kawasan khas untuk menguji sendiri kehebatan telefon pintar ini. Saya sempat melihat team Amanz.my membuat liputan dan perbandingan telefon Asus Zenfone 2.
Seorang suami turut menang hadiah cabutan bertuah dan paling menarik dia membawa pulang 2 telefon Asus Zenfone 2, satu yang dibeli khas untuk isterinya dan satu lagi menerusi cabutan bertuah yang dimenangi.
Saya pulang hanya dengan satu bantal comel Zenfone 2. Gembira tapi hampa, saya kembali ke Parit Buntar menaiki KTM jam 10 malam dari KL Sentral, dan tiba jam 4:00 pagi keesokkannya.
wow... cam menarik jer zenfone 2 ni...lg menarik klu dpt hadiah dr en husband ni....
BalasPadamDengarnya bateri zenfone ni lagi baik daripada oppo dan lenovo..maksud saya lebih tahan lama. Harganye pun dikira competitif murah..
BalasPadamDah macam berminat pulak lepas baca entry ni, tapi nak tengok jugak gambar yang terhasil dari kamera ni.
BalasPadamrasa nak tukar pun ada ni
BalasPadamharga asus dgn specnya meman berbaloi-baloi. nampak memang meriah, ramai yg sertai event ni.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.