Mitos? Saya ingatkan benda ni hanyalah satu mitos tetapi baru-baru ini, saya alami sendiri. Memang betullah, kata sesetengah orang, kalau nak jual kereta yang sedia-ada, tak boleh bercerita depan kereta tu. Kalau dibuat juga, nanti kereta akan merajuk. Bila dah 'merajuk', mulalah ia buat hal, dan tak pasal-pasal kena keluarkan perbelanjaan untuk pulihkan 'merajuk' si kereta.

Baru-baru ini, isteri saya telah nyatakan hasrat untuk tukar kereta Viva 850 Manual. Antara sebab utama ialah supaya nak memudahkan dirinya gunakan semasa sambung belajar di Universiti Malaya nanti. Saya setuju sahaja memandangkan kereta manual dengan enjin 850cc agak merisaukan saya jika isteri nak gunakan seharian dan untuk ulang-alik dari UM ke Putrajaya. Apatah lagi kalau nak pulang jumpa laki dia ni yang kacak dan anak-anak.

Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!

Hasrat tu disuarakan dalam kereta Viva, siap bawa kereta tu pergi jumpa salesman dan dealer kereta terpakai lagi untuk evaluasi harga. Bukan sekali, tetapi dua kali ... memang dah nyata kereta tu akan dijual. Setelah survey harga dan dibandingkan dengan baki hutang kereta yang masih tinggal, nampak gayanya langkah isteri memang langkah kanan. Kereta Viva 850cc Manual boleh dijual dengan harga paling maksima RM12K, ditolak-tolak dengan baki hutang, masih boleh dapat beberapa ribu lagi di tangan. Alhamdulillah.

Bila dah nekad dijual, lepas tu siap anak-anak pun dok bercerita dalam kereta tu, maka berlakulah kejadian yang tidak disangka-sangka.

Kereta Viva warna merah 850cc Manual tidak boleh dihidupkan enjin! Nasib baiklah kereta tu berada di tempat parking dan bukan di tengah jalanraya. Kalau tak, lagi haru dibuatnya.

"Abang, kereta tak boleh start .. meh la datang tengok kenapa kereta ni tak leh start..." kata isteri saya di satu petang.

Mitos Yang Bukan Lagi Mitos?

Haa ... kan. Mitos? Saya pun kongsikan pengalaman ini di facebook, dan lihat betapa ramainya rakan-rakan saya yang mengiakannya. Ada yang siap kongsikan pengalaman sendiri. Hoho ...

Mitos? Kereta akan merajuk secara tiba-tiba bila owner kereta tersebut sebut nak cari kereta baru.........Ramai...
Posted by Hasrul Hassan on Wednesday, 20 May 2015

Saya pun bergegaslah nak tengok apa masalah kereta Viva yang dah masuk atas kertas untuk dijual tu. Perhati punya perhati, tak dapat dipastikan punca masalah. Saya check, bateri kereta ok. Saya chek kabel dalam bonet kereta, semua ok. Enjin tersangkut seperti minyak tak dibakar. Palam pencucuh semuanya ok. Maka, saya pun dapatkan bantuan daripada beberapa mekanik - hanya konsultasi menerusi telefon.

3 Punca Kereta Viva 850 Tak Boleh Hidup Enjin

Sembang punya sembang dengan beberapa mekanik menerusi telefon - saya pun membuat kesimpulan berikut:
  1. Masalah petrol pump (minyak tak masuk ke dalam enjin kereta)
  2. Masalah alternator kereta
  3. Masalah wayar elektronik
Hoho. Sebagai house husband, masalah-masalah kecil kenderaan kena ambil tahu. Ada ketika, walaupun kereta dijaga dengan rapi, disebabkan faktor usia dan penggunaannya yang kerap, boleh timbul masalah lain yang anda tidak terfikirkan.

Disebabkan masalah ini memerlukan penelitian, saya dan isteri setuju untuk hantar kereta ini ke bengkel berdekatan pada keesokkan harinya.

Caj Kereta Tunda Untuk Jarak Kurang 15km

Kereta ditunda dengan bayaran RM60 untuk jarak tidak melebihi 15km. Sebenarnya boleh dapat murah, malahan percuma kalau gunakan servis kereta penunda disediakan oleh Perodua, atau Skim Insurans; tetapi entah .... saya tidak terfikirkan pula. Lagipun, saya minta tolong mekanik untuk uruskan; jadi nak tak nak RM60 kenalah bayar untuk bawa Viva tu ke bengkel si mekanik.

Repair FOC Tetapi ....

Selepas diperiksa, rupanya-rupanya satu wayar telah putus. Tiga orang mekanik yang periksa Viva berjaya jumpa punca masalah selepas hampir 30 minit membelek kereta luar dan dalam. Wayar yang dimaksudkan ialah wayar elektronik ke petrol pump, yang letakkan di bawah tempat duduk belakang kereta Viva 850.

Alhamdulillah, tukar wayar tersebut, kereta terus boleh hidupkan enjin dengan gagahnya.... menderam menderum panjang enjin kereta. Tak ada caj dikenakan!

Tapi biasalah, bila periksa punya periksa tak ada apa yang kritikal nak diganti, mereka pasti cari benda lain supaya boleh buat jualan, tak banyak, sikit pun jadilah... hoho ...

Dan inilah 'akibat' bila dok sembang kereta nak kena jual depan kereta tu ....
Caj computer analysis untuk Viva 850

Caj tukar power window Viva 850cc
Saya repair Viva power window sebelah pemandu yang rosak, kena charge - RM135.00 - ini harga standard. Saya betulkan bracket bonet Viva, kemudian saya setuju mekanik buat analisis komputer. Analisis menggunakan komputer bagi sebuah kereta Viva Manual 850cc dikenakan bayaran RM80. Sedikit pelaburan ikhlas dari saya untuk 'cantik'kan Viva 850 yang nak bertukar tangan. Rasa tak selesa pula bila nak jual kereta yang dah banyak berjasa ini dengan keadaan yang menyedihkan.

Ok. Dengan sedikit info ini, jika anda rasa nak jual kereta anda, elakkan dari bercerita 'depan' kereta tu, takut apa yang berlaku pada saya dan ramai yang lain akan berlaku pada anda juga.

Dan seandainya kereta anda ada masalah lebih kurang seperti di atas, pastikan anda periksa kereta anda betul-betul dan dapatkan mekanik yang benar-benar mahir agar anda tidak terkeluar belanja lebih untuk perkara yang tidak perlu.

Jika nak tips penjagaan kereta yang tip top, anda boleh baca - Mudahnya Menjaga Kereta. Elakkan kereta anda jadi kereta tukun sebelum hayatnya tamat.

Semoga bermanfaat.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau nak jual kereta jangan soh seh soh seh...dia boleh dengar... petua kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Farah .. ramai dah kawan2 dok kata gitu .. nak jual, senyap2 je dah .. hoho .. bagus juga tu .. hoho kannnn

      Delete
  2. Minggu lepas saya kluar dari pust polish kreta di puchong..dan bercerita dgn wife utk ke showroom mazda lepas polish..siap je kreta dipolishkn.sy pn mnuju la ke kdai kete trsebut..tk samp 10mnit eksiden...teruk la jgk...samp skrg kreta msih lg kt service centre mazda.ahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aihh .. sampai accident tu .. nih lagi naya ....

      Delete
  3. nk kata x caya pon xleh gak tp mybe kebetulan...

    dl punya survey nk beli keta br yg besar ckit.kiranya nk upgrade dr kancil ke myvi/besar ckit dr tu skali keta hilang da....dh la lg 3 bln nk abes byr...sadis btl

    ReplyDelete
  4. kenapa kat blog takde butang like ek? saya nak like saje, malas nak komen sebab memang betul kereta memang ada emosi sendiri :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr tak ada? kenapa saya tgk ada je? hmm ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement