Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk berkongsi cerita dan tips menjadi seorang House Husband di dalam sebuah majalah tempatan.... hoho.Walaupun saya tidaklah sejelita cover majalah tersebut, namun saya harap perkongsian cerita dan pengalaman saya bermula menjadi House Husband boleh dijadikan sebagai satu panduan dan juga memperbetulkan persepsi negatif terhadap golongan suami yang tidak keluar bekerja seperti orang lain.
Tips Menjadi House Husband Dalam Majalah Jelita Mei 2015
Ramai yang masih anggap lelaki atau suami yang duduk di rumah melepaskab tanggungjawab begitu sahaja, walhal apa yang mereka nampak adalah 'kulit' kehidupan seorang lelaki house husband.Percaya atau tidak jika saya katakan di zaman ini ada isteri yang masih tidak tahu memasak dan menguruskan rumahtangga? Masyarakat hanya nampak apa yang mereka mahu nampak sahaja ... sedangkan pandangan itu patut diperluas dan bukan melihat sesuatu yang selama ini dijadikan budaya dalam masyarakat.
Banyak yang saya ceritakan di dalam majalah Jelita keluaran Mei 2015 mengenai House Husband. Satu penceritaan yang sebenar yang digarap penuh sopan agar tidak membuka rahsia dalam keluarga. Ada part yang terlalu peribadi yang tidak dikongsikan tetapi in Sha Allah, tiga halaman penuh dalam Jelita pasti memberikan satu perspektif mengenai bagaimana mahu menjadi seorang house husband yang terbaik, jika tidak untuk masyarakat, biarlah untuk isteri dan anak anak.
Nak tahu lagi kisah house husband dari saya ..... dapatkan Majalah Jelita Mei 2015 sebelum ia habis di pasaran....hehehe. Harap jangan ada yang muntah hijau bila baca ye .. hohoho...
kan best kalau gambar bro ganti gambar era jadi cover kat depan tu
ReplyDeletebiarkan manusia dgn pandangan negatif diorang..yang penting kita tahu dan laksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga :)
ReplyDeletejangan ingat suami sahaja yang kena kerja, suami juga hebat dalam menguruskan hal hal rumah. Nabi Muhammad merupakan contoh yang baik untuk kita, bagaimana cara baginda menguruskan hal rumah tangga. so, suami isteri perlu bekerjasama untuk uruskan hal rumah tangga,
ReplyDeleteWah.. baguslah bro HasrulHassan nie. Betul juga tu. didik anak2 dengan tangan sendri lebih baik dr orang lain. Lagi kalau tgk skrg macam xselamat nk hntr anak kt owg. Uish! risau pula ada anak nanti hurm.
ReplyDeleteItu antara salah satu sebab saya suka anak2 depan mata saya. Sakit pening demam .. saya tahu sebab.
DeleteSalam bro.... tahniah bro dapat masuk majalah Jelita keluaran Mei 2015 tentang House Husband. Pastii meletop majalah bulan ini. Semoga anda jadi house husband yang terbaik di sisi isteri dan anak-anak.
ReplyDeletewaaaa.. nak cari lah majalah nih.
ReplyDeleteTahniah diucapkan yer...
ReplyDeleteAssalammualaikum... bro HH,
ReplyDeletetahniah bro...
mselim3
Tahniah bro HH, bertambah maju dan sharing ilmu yang punya manfaat luas. Satu lagi promosi yang tak terus (indirect marketing) kepada blog HH & well recognized blog branding. Bak kata orang short but precise. Good luck!
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya dapat peluang ini pun adalah kerana anda yang merupakan pembaca setia blog ini.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.