Gambar pernikahan rakan blogger Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen. Alhamdulillah, tahniah buat kedua pasangan sama cantik sama padan ini. Akhirnya Hanis Zalikha telah selamat diijabkabulkan dengan tunanganya Hairul Azreen setelah dilamar di pentas konsert live awal tahun 2015. Kedua pasangan ini telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis di rumah keluarga Hanis Zalikha di Bukit Jelutong pada 5 Jun 2015 jam 3:50 petang, selepas sholat Jumaat.

Dalam majlis ini, Hanis Zalikha telah menerima mas kahwin sebanyak RM 300 serta wang hantaran berjumlah RM 91,019.90! Perghhh ... boleh tahan nilainya tu. Nilai hantaran dengan jumlah itu merupakan simbolik tarikh lahir Hanis Zalikha iaitu pada 9 Oktober 1990. Dalam majlis itu juga, pihak pengantin perempuan telah menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.
Gambar Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen

Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen

Hoho .. siapa yang tak ingat dengan aksi sweet tetapi kontroversi yang telah dibuat oleh Hairul Azreen yang melamar Hanis Zalikha di pentas konsert secara live. Alhamdulillah, jodoh mereka panjang dan saya ucapkan tahniah kepada kedua pasangan ini.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Hanis Zalikha iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, iaitu Ustaz Mohd Syuhud Razali. Diberitakan, majlis resepsi perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 14 Jun 2015 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Ramai juga rakan blogger yang telah menerima undangan ke majlis resepsi ini termasuklah lelaki 'misteri' yang pernah saya tampilkan di entri - Wajah Ensem Pakwe Baru Hanis Zalikha

Majlis resepsi ini juga berlangsung sama dengan tarikh seorang lagi blogger cantik dan popular Malaysia iaitu Fatin Liyana yang akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Jun 2015.

10 Gambar Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen

Ok. Jom layan 10 gambar pernikahan Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen ini ... dan doakan kebahagiaan dan kebaikan buat kedua pasangan ini sehingga ke akhir hayat. Amin.
Gambar Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen
Gambar Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen
Gambar Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen
Foto Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah Hanis dan hairul...nampak serba sederhana majlisnya. semoga bahagia hingga ke hujung nyawa

    ReplyDelete
  2. so sweet.. muka mereka pun hampir sama..org tua2 kata jodoh panjang..semoha hanis dan hasrul bahagiah until jannah..

    ReplyDelete
  3. Fuyyo terkebil kebil mata tengok wang hantaran.

    ReplyDelete
  4. tahniah ye.

    awakkk punnn dah kahwin jugakkkk..

    hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement