10 Jenis bisnes atau perniagaan yang untung besar semasa Ramadhan. Setiap tahun, bulan puasa iaitu bulan Ramadhan sering dianggap sebagai bulan terbuka luas pintu rezeki. Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk berniaga secara sambilan. Manakala yang telah pun berniaga, mula merangka strategi meningkatkan promosi dan teknik pemasaran untuk menambah jualan.

10 Jenis Bisnes Menguntungkan Semasa Ramadhan


10 Jenis Bisnes Masyuk Semasa Ramadhan
Apakah jenis bisnes yang masyuk ketika bulan Ramadhan? In Sha Allah, saya akan kongsikan bersandarkan kepada pengalaman dan pengetahuan saya daripada mereka yang dah berjaya dapat jualan masyuk semasa Ramadhan ini. Pintu rezeki terbuka luas, maka ambil berkat ini untuk mendapatkan sedikit modal duit raya tahun ini.

Ada banyak jenis perniagaan, tetapi perniagaan apakah yang paling menguntungkan ketika bulan Ramadhan? Ramai usahawan yang tidak cuba memikirkan secara spesifik hal ini. Ramai lebih selesa untuk berniaga sesuatu yang mereka biasa jual, namun tidak salah untuk mencuba bisnes lain yang pasarannya mendadak naik ketika bulan Ramadhan ini.


Berikut adalah beberapa jenis bisnes dan perniagaan yang boleh berikan keuntungan besar semasa bulan Ramadhan.

Berniaga Menjual Baju Kurung Raya

Baju Kurung adalah pakaian evergreen rakyat Malaysia. Ia sentiasa menjadi pilihan wanita-wanita di Malaysia untuk menggayakannya samada secara santai harian mahupun disebabkan keraian seperti kenduri kendara dan juga hari perayaan.

Ketika inilah, ramai wanita yang akan mendapatkan fesyen terbaru dan terkini baju kurung untuk digayakan semasa hari raya. Maka, permintaannya adalah sangat tinggi malah melambung-lambung ketika dekat hari raya. Bisnes baju kurung raya antara pilihan terbaik buat duit di bulan Ramadhan.
10 Jenis Bisnes Masyuk Semasa Ramadhan

Berniaga Ambil Tempahan Baju Raya

Berbeza dengan bisnes pertama, kali ini anda perlu kemahiran untuk berniaga dengan mengambil tempahan membuat baju raya. Anda boleh melakukannya samada secara sambilan atau sepenuh masa di rumah, terutama untuk surirumah yang mahu mencari duit lebih.

Anda perlu tahu bukan semua kedai jahit mampu menyiapkan semua tempahan. Tahukah anda dengan kemahiran menjahit baju raya, anda boleh approach kedai-kedai atau butik untuk ambil upah menjahit baju raya? Kalau anda tahu menjahit, dan offer tawaran pada rakan-rakan .. itu lebih baik, anda boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu ada kedai.

Bisnes Bundle

Jual Kuih Raya

Tak perlu lagi disebut, ia merupakan antara bisnes terlaris semasa Ramadhan. Anda boleh jual kuih raya hampir di mana sahaja ketika bulan puasa. Anda boleh jual kepada rakan, jiran, malah kepada sanak saudara.

Emak saya merupakan antara contoh orang yang banyak buat duit dengan menjual kuih raya. Malah, emak saya boleh beli set lengkap sofa dan rantai emas hanya dengan bisnes jual kuih raya.

Tetapi, bukan semua jenis kuih raya itu senang nak terjual. Anda perlu tahu jenis-jenis kuih dan biskut raya yang paling popular dan mendapat permintaan tinggi. Biskut Semperit adalah salah satu kuih raya yang sering mendapat permintaan tinggi. Malah, anda boleh jual pelbagai jenis kuih raya dengan mudah menerusi laman sosial seperti Facebook dan Instagram.


Bisnes Jual Tiket Bas Balik Kampung

Tak terfikir mengenai bisnes ini? Aha .. ini antara bisnes yang pernah saya buat semasa saya belajar di USM Minden, Pulau Pinang. Memang menguntungkan! Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mencari mana-mana syarikat bas persiaran yang ada permit untuk menjadi bas balik kampung dan anda jadilah agen menjual tiket bas di tempat belajar.

Yeap, ini merupakan peluang untuk pelajar buat duit di kampus. Carilah destinasi paling banyak permintaan - khususnya Pantai Timur, dan negeri-negeri seperti Johor dan Perlis/Kedah. Cara kedua ialah dengan sewa sebuah bas dengan pemandu. Dapatkan permit pengangkutan awam semasa hari perayaan, dan jual tiket.

Bisnes Jual Tudung

Tips jual tudung untung besar 
Antara bisnes evergreen yang menguntungkan. Ramai rakan blogger yang berjaya di dalam bisnes ini. Malah, saya pernah ceritakan bagaimana seorang pelajar yang juga blogger akhirnya menjadi seorang jutawan hanya dengan melakukan bisnes ini bermula dari bilik kolejnya. Anda boleh baca kisahnya di sini - Rahsia Tudung Radiusite Berjaya.

Permintaan memang ada, malah ketika bulan Ramadhan, anda boleh buat duit berganda-ganda dengan menjual tudung yang beraneka corak dan warna. Antara tempat borong lubuk untuk mendapatkan stok tudung cantik dan murah ialah borong dari China.

[Dah Baca?] Borong Tudung Murah dari China Secara Online

Bisnes Perfume

Antara bisnes kecil-kecilan yang boleh buat duit semasa Ramadhan. Permintaan untuk perfume atau wangi-wangian akan naik mendadak ketika bulan Ramadhan. Samada sedar atau tidak, ramai yang mencari perfume untuk dipakai untuk hari raya yang disambut istimewa. Apatah lagi untuk mereka yang mungkin nak beraya di rumah bakal mertua, dan disamping orang tersayang. Anda boleh dapatkan pati perfume dan botolkan kecil-kecil untuk lebih keuntungan.


Bisnes Kad Raya

Walaupun kad raya sudah dianggap ketinggalan zaman, namun harus tahu bahawa ada segelintir golongan yang masih menggunakan kad raya sebagai medium untuk meraikan kenalan, sahabat dan juga mereka yang teristimewa, apatah lagi yang jauh di mata. Kad raya istimewa, unik dan ada nilai sentimental selalu dicari sebagai pengganti diri di hari lebaran. Ia adalah antara bisnes printing yang bermusim tetapi ada permintaan tinggi.

10 Jenis Bisnes Masyuk Semasa Ramadhan

Bisnes Jahit dan Buat Langsir Raya

Saya pernah kenal seorang kakak ni, dia buat bisnes buat langsir. Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, maka akan muncullah dia mempromosikan bisnes yang dilakukan dari rumah. Tak ramai yang tahu membuat langsir sendiri. Jadi, inilah peluang untuk dapat duit raya dengan melakukan bisnes ini.

Sebenarnya ada cara paling untung untuk buat bisnes ini. Apa yang perlu ialah pengetahuan mengenai cara nak ukur langsir, dan selok-belok mengenai fesyen langsir terkini. Satu rekaan langsir boleh dapat untung sehingga RM500-RM2000 bergantung dengan saiz rumah dan berapa banyak tingkap yang ada dalam sebuah rumah itu.

Bisnes Jual Juadah Berbuka Puasa

Tak dinafikan ia merupakan bisnes yang paling banyak dilakukan oleh ramai orang. Bukan semua orang ada masa untuk memasak di rumah sebagai persediaan berbuka puasa, terutama sekali buat mereka yang bekerja dari pagi hingga ke petang. Ia merupakan bisnes laku keras semasa Ramadhan.

Itu sebab banyak hotel mahupun restoran mempromosikan juadah berbuka puasa seperti Buffet Ramadhan. Namun, persaingan banyak untuk melakukan bisnes ini. Sebagai salah satu tips untuk dapat untung banyak menerusi bisnes ini, bolehlah dilakukan servis penghantaran juadah berbuka puasa terus ke pintu rumah.


Katering Berbuka Puasa dan Moreh

Bisnes katering antara bisnes meletup di bulan Ramadhan. Ia sering mendapat tempahan dari masjid-masjid dan surau-surau yang ada majlis berbuka puasa mahupun moreh. Malah, ada pejabat-pejabat swasta dan kerajaan yang mendapatkan khidmat katering untuk melakukan majlis berbuka puasa. Jika anda seorang peniaga yang melakukan bisnes ini, maka inilah masa untuk mempromosikan bisnes katering anda secara all-out kerana permintaannya sangatlah tinggi.

Berniaga Dengan Jujur dan Bersedekahlah

Nah .. saya sudahpun berikan 10 jenis bisnes yang masyuk di bulan Ramadhan. Terpulang samada anda mahu menceburi bisnes yang saya nyatakan ini atau mencari peluang di antara peluang yang diberikan. Seperti saya katakan di awal tadi, pintu rezeki terbuka luas semasa bulan Ramadhan penuh berkat ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah berusaha untuk merebut peluang tersebut. Jika tak nampak peluang, maka ciptakan peluang tersebut sepertimana saya melakukan bisnes jual tiket bas semeasa saya belajar dulu.

Namun, sukacita saya ingatkan bahawa bisnes di bulan Ramadhan jika mahu lebih maka anda perlu berikan lebih - maksud saya amalkan bersedekah dan melakukan kerja sebagai ibadah. Jangan sesekali ambil peluang untuk menipu bakal pelanggan anda. Mahu berniaga jual juadah berbuka - maka janganlah jual juadah yang sudah basi atau dengan harga melampau. Tidaklah mahu kes tahun 2014 berulang di mana ada peniaga jual ikan keli masak sambal yang berulat, ye tak?

Semoga blog post ini bermanfaat dan berikan fikir mengenai peluang untuk menambah pendapatan semasa di bulan Ramadhan, in Sha Allah.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yup.. Semua ni insyaallah dpt membntu menambah rezeki.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum HH...memang banyak cara nak cari pendapatan di bln puasa ni...:)

    ReplyDelete
  3. berniaga dengan jujur insyaAllah rezeki yang diperolehi akan berlipat ganda dan berkat

    ReplyDelete
  4. kalau jenis tempah.jahirt tu 2 bulan sebelum puasa dah close order.. bulan puasa dorang dah boleh kira untung.

    ReplyDelete
  5. inshaAllah di masa akan datang, akan melibatkan diri dalam business makanan. mana tau lepasni boleh buat buffet ramadhan sendiri :D

    ReplyDelete
  6. Sangat setuju dengan post ni. Hehehe Tahun ni kami cuba masuk bazaar jual baju kurung khas untuk ibu menyusu di shah alam. Alhamdulillah mendapat sambutan.

    Bab jual tiket tu, pernah dengar masa kat U. Tapi tak boleh bayang nk buat camne. Huhuhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement