Sebelum ini saya dah ceritakan mengenai keseronokkan melihat pelbagai jenis bunga Orkid cantik di pesta  Royal Floria Putrajaya. Festival yang di juga dikenali sebagai pesta Florial Diraja Putrajaya 2015 menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan bunga termasuklah kreativiti menghias dan mereka taman daripada bahan terbuang serta terpakai.

Anak-anak saya memang teruja melihat rekaan-rekaan taman ini. Mana taknya, kebanyakkan yang menarik perhatian mereka adalah rekaan taman dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam festival ini. Serius, beberapa kali nampak keterujaan anak-anak saya bila singgah dari sebuah taman ke sebuah taman yang lain.

Best Tengok Kreativiti Rekaan Taman di Floria Diraja Putrajaya 2015

Memang best tengok kreativiti murid-murid dan pelajar sekolah menterjemahkan bahan terbiar sebagai hiasan menarik untuk menghasilkan sebuah taman yang mengagumkan (untuk kategori umur mereka). Ada juga badan-badan NGO serta majlis daerah tertentu yang ambil bahagian dalam rekaan taman ini. Paling menarik ialah rekaan taman berkonsep LOTR - ada rumah The Hobbits.

Saya berjaya ambil beberapa gambar taman di Floria Diraja Putrajaya 2015 ini. Gambar yang saya snap tidaklah begitu menarik sebab hanya menggunakan kamera dari telefon ASUS Zenfone 6. Pun begitu, saya sukacita nak kongsi dengan anda, terutama mereka yang tidak berkesempatan untuk singgah dan lawat pesta yang julung kali diadakan ini.
Gambar beberapa taman yang saiz lebih besar sedikit dari taman rekaan pelajar sekolah. Ada banyak taman-taman dengan rekaan yang mengagumkan tak dapat saya kongsi memandangkan cuaca yang panas terik membuatkan singgahan dari satu taman ke satu taman hanya sesingkat masa.

Orang ramai sana sini. Masing-masing ambil peluang bergambar dengan taman-taman cantik yang dipersembahkan di Floria Diraja Putrajaya 2015 ini.


p.s: Anak pompuan saya sampai lalok tu tgk banyak taman-taman kat situ .. hahahaa....

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak berkesempatan nak pergi Floria tahun ni. Sedikit busy. Tahun2 lepas mmg tak pernah tak pergi. Huhu

    ReplyDelete
  2. memang menarik sekali... pastikan memory camera @ hp kosong...
    boleh tangkap pic byk2

    ReplyDelete
  3. sangat cantik... tapi sayang leya tak berkesempatan utk ke sana atas sbb ade keje...

    ReplyDelete
  4. Best kalu dapat gi tempat tu...Best sharing Tuan Hasrul hassan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement