Disebabkan anak saya selalu sahaja nampak wife baca novel, mungkin di situ timbul minat nak tahu apa itu novel dan membaca. Kata orang tua-tua, belajar menerusi tauladan. Maka begitulah adanya dengan anak saya, si Zikri yang baru darjah satu.
Bila Anak Mula Nak Membaca Novel
Uhh tekun juga nak mengeja satu persatu ayat dalam novel yang wife saya pinjam dari adik ipar yang memang ada koleksi sama banyak dengan wife saya.Saya senyum je tengok gelagat Zikri... sempat juga rakam aksi mengeja...fuh .. lenguh saya nak tunggu satu ayat tu habis. Belum lagi satu perenggan. Dan belum tentu apa yang dieja tu dia faham.... hoho... apapun bagus nampak permulaan sebegini, sekurang-kurangnya dia ada nampak minat nak tahu dan usaha untuk tahu... ye tak?
Tips Untuk Dapat Baca Novel Secara Murah
Haa.. kalau anda salah seorang daripada mereka yang gemar baca novel, boleh gunapakai cara wife saya untuk perbanyakkan pembacaan koleksi novel ini. Salah satu caranya ialah dengan tukar suka sama suka - bukan tukar terus tetapi lebih kepada pinjam meminjam. Kalau nak buat, biar dengan rakan terdekat atau sanak sedara yang ada minat yang sama. Jadinya tak perlulah nak beli novel yang sama. Jimat banyak tu untuk minat dan hobi membaca novel.Kadangkala, ada juga outlet atau kedai yang memberikan servis sewaan novel ni. Kalau tak silap, di tempat saya ada disediakan servis sewa novel ni, dalam RM3 satu novel, pinjam dalam 3 hari. Tempat anda mungkin ada, tapi kena pandailah cari sendiri.
tu dia..anak lelaki minat novel
ReplyDeletesusah org laki nk baca novel ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.