Mungkin ramai yang belum lagi mengenali mengenai Bukit Merah Laketown Club House ini. Jika anda pengikut setia blog saya, tentu sudah lihat perkongsian sebelum ini mengenai ABC (Ais Batu Campur) Gunung, ABC Bukit, dan paling terbaru ABC Talam yang menjadi antara trademark tarikan ke Bukit Merah Laketown Club House ini.
Malah, ABC Bukit di Bukit Merah Laketown Club House pernah menjadi viral di media sosial satu ketika dahulu kerana keunikannya yang tersendiri.
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Menu Biasa-Biasa Tetapi Istimewa
Saya sendiri telah berkesempatan untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan, apatah lagi disertakan dengan mandi kolam/pool percuma; ia memang satu pakej buffet Ramadhan antara paling best dan menarik tahun ini. Bukan sekadar menarik perhatian ibu bapa seperti saya, malah anak-anak sendiri turut teruja untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House.Harga Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
- Harga Dewasa : RM22/seorang
- Harga Kanak-Kanak : RM16/seorang
- Percuma : Mandi malam di kolam renang
Promosi ini telah bermula sejak 25 Jun 2015 yang lalu, dan saya serta keluarga telah berkesempatan untuk mencuba menu berbuka puasa yang bertemakan Sesedap Air Tangan Bonda ini. Dalam sessi ini, saya telah mencuba beberapa menu sedap lagi menyelerakan yang disediakan oleh 4 orang Chef, antaranya:
- Nasi Hujan Panas
- Sambal Udang Petai
- Ayam Masak Merah
- Jelatah
- Dalca
- Aneka Kuih Muih Tradisional
- Puding Jagung
- Aneka Mee termasuklah Laksa
- ABC istimewa termasuklah Cendol
- Buah-buahan tempatan
Anak-Anak Buat ABC Sendiri
Bukan hanya saya dan isteri suka akan menu yang disediakan, malah anak-anak saya juga suka. Jadi, memang berbaloilah dengan harga yang dibayar. Paling menyeronokkan anak-anak saya ialah mereka dapat mencuba untuk membuat ABC dan Cendol sendiri di kiosk yang disediakan. It's not just delicious but also fun for the kids. Terbaiklah.Terjun Kolam Renang Bukit Merah Laketown Club House
Selesai sahaja anak-anak menjamu selera berbuka puasa, dan saya serta isteri selesai menunaikan sholat Maghrib di surau yang disediakan, maka tibalah masa anak-anak berendam dan bermain di kolam renang yang ada di Bukit Merah Laketown Club House ini.Peta Lokasi Bukit Merah Laketown Club House
Ok. Kepada yang mungkin nak mencuba hidangan dan menu buffet buka puasa Ramadhan di Bukit Merah Laketown Club House ini, bolehlah merujuk kepada peta di bawah ini untuk lokasi. Secara amnya, lokasi Bukit Merah Laketown Club House tidaklah sesukar mana.Cara-Cara Untuk ke Bukit Merah Laketown Club House
Apa yang perlu anda buat ialah melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS) anda ambil susur keluar (exit) tol Bukit Merah. Pada simpang lampu isyarat sebaik sahaja keluar tol, sila ambil kanan. Kemudian anda nampak signboard Bukit Merah Laketown Resort, anda masuk sehinggalah anda jumpa resort yang dimaksudkan. Di bulatan pertama, anda ambil terus (jam 12) dan terus sampai ke hujung jalan anda akan nampak Bukit Merha Laketown Club House ini di sebelah kanan.Tempahan dan Info Lanjut
Untuk tempahan dan info lanjut mengenai Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House ini, anda boleh hubungi:Puan Norsham
Facebook: Bukit Merah Laketown Club House
- 012-5844991
- 013-2587974
Update terbaru:
Datuk Jamal Abdillah pun memilih tempat ini untuk berbuka puasa. Datuk Jamal Abdillah telah hadir merasai menu berbuka puasa Buffet Ramadhan Bukit Merah Laketown Club House pada 29 Jun 2015. Meriah sungguh nampaknya - boleh lihat di page Bukit Merah Laketown Club House.Cubalah ye. Saya pasti anda tidak akan kecewa, in Sha Allah.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Assalammualaikum... bro HH,
ReplyDeleteselamat berbuka puasa bro HH... nampak sedap dan menyelerakan..
mselim3
sedapnya
ReplyDeleteAgak murah juga dalam kategori buffet. Rasa nak pergi tapi belum kesampaian jauh ke sana.
ReplyDeleteZH Blogger
murahnya buffet dia... wow !
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.