Cara tracking pindahan wang Western Union. Sebelum ini saya ada kongsikan cara-cara nak keluarkan earnings Adsense menerusi Western Union, dan dari situ timbul rasa untuk kongsikan kepada semua mengenai cara mudah untuk tracking wang samada dihantar atau diterima melalui Western Union.

Ramai yang tertipu bila ada antara golongan yang mengatakan bahawa mereka telah mengirimkan wang menerusi Western Union tetapi sebenarnya tidak ada. Selalunya berlaku apabila melibatkan urusniaga jual beli secara online di peringkat antarabangsa. Ada rakan saya memberitahu bahawa penipuan sebegini sudah sering berlaki di Mudah.my menerusi pembayaran akaun Paypal. Jadi, setidak-tidaknya entri ini boleh memberikan satu alternatif yang selamat untuk tidak ditipu.

Selain Paypal, Western Union adalah antara cara termudah untuk melakukan pembayaran dalam urusan jual beli. Salah satu kebaikan yang ada pada cara penerimaan dan hantar bayaran Western Union ialah anda boleh tracking samada duit itu telah dihantar atau diterima. Segalanya boleh dilakukan secara online.

Cara Tracking Pindahan Wang Western Union Secara Online

Cara Tracking Pindahan Wang Western Union
Pertama sekali, anda perlu ke laman web Western Union atau klik pautan ini - Tracking Transfer Western Union untuk semak dan periksa kiriman wang yang dibuat menerusi Western Union. Anda akan nampak paparan seperti di atas. Anda tidak perlu daftar atau login untuk menggunakan servis ini. Ia merupakan servis percuma disediakan oleh Western Union.

Kemudian, isikan butiran penting yang diminta. Paling penting dan utama ialah MTCN (Money Transfer Control Number). Jika anda seorang penerima wang menerusi Western Union, dapatkan nombor ini pada pengirim wang. Setiap penghantaran wang menerusi Western Union ada nombor MTCN yang unik.

Cara Tracking Pindahan Wang Western Union
Menerusi MTCN ini, mereka yang terima wang boleh ketahui samada pembayaran atau pindahan wang benar-benar telah dilakukan atau tidak.

Masukkan negara penerima, dan masukkan nilai yang sepatutnya anda terima (dalam matawang yang diberikan - samada USD atau MYR atau matawang lain). Penting angka tepat nilai pindahan wang dimasukkan.

Masukkan verifikasi, dan tekan butang track transfer yang disediakan di hujung borang online tracking ini. Butiran pindahan wang akan dipaparkan jika ada. Jika tiada, ia akan keluar - "We Did Not Find Any Record..."

Semoga bermanfaat.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oho..macam tu rupanya ye..tak pernah terfikir plak nak buat pemindahan wang ke Western Union..:D

    BalasPadam
  2. kalau paypal kita bagi email..utk western union ni mcmana bg no account bank local ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak .. bagi nama dan alamat seperti di dalam kad pengenalan .. TAK BOLEH BEZA sedikit pun. Juga kena bagi nombor pengenalan diri.

      Padam
    2. No mtcn tu no saja ka atau dgn huruf

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement