Adakah anda sedang mencari pakej lawatan tempat menarik sekitar Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia? Jika ya, saya sangat syorkan anda mendapatkan pakej lawatan tempat menarik di Langkawi yang pernah saya ambil ini. Ianya merupakan antara pakej lawatan tempat menarik di Langkawi yang paling berbaloi dengan bajet anda.

Kalau ikutkan memang sangat banyak tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi, sesuai dengan nama gelaran Pulau Lagenda, ada pelbagai cerita lagenda dan mitos boleh anda dapat di sini. Setiap tempat yang ada di Pulau Langkawi ada kisahnya sendiri. Contohnya Telaga Mahsuri, Padang Maksirat, Pulau Dayang Bunting, Kuah, Gunung Mat Chincang, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gua Cherita dan banyak lagi.
Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi?

Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi?

Kalau ke Pulau Langkawi, antara destinasi wajib anda harus pergi ialah Pulau Dayang Bunting yang sememangnya mempunyai magis sendiri. Di pulau ini, terdapat sebuah tasik semulajadi yang besar dinamakan Tasik Dayang Bunting. Selalunya ia menjadi antara tempat wajib kunjungi oleh pasangan baru berkahwin atau yang berhajat untuk mendapat cahayamata. Anda boleh mencari sendiri cerita dan kisah Pulau dan Tasik Dayang Bunting ini, in Sha Allah, ramai yang dah kongsikan cerita-cerita mengenainya.
Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi?
Jadi, untuk ke Pulau Dayang Bunting yang mendapat nama dek kerana bentuk fizikal pulau ini seperti seorang wanita mengandung, anda seharusnya mendapat khidmat bot di jeti-jeti sekitar Langkawi. Namun, adalah tidak berbaloi seandainya anda hanya menyewa bot hanya untuk ke Pulau Dayang Bunting, maka saya syorkan ambillah pakej lawatan tempat menarik yang lain, seperti singgah di Pantai Pulau Beras Basah dan memberi makan (Eagle Feeding) Sang Helang di Pulau Singa Besar.
Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi?
Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi?
Anda boleh mendapatkan pakej lawatan tempat menarik ini di Langkawi semurah RM25 seorang. Servis mengambil penumpang atau pelancong dari tempat penginapan juga disediakan secara percuma. Jadi, apa yang perlu anda buat hanyalah membuat tempahan menerusi telefon samada SMS atau WhatsApp. Mahu pakej lebih menarik dan lebih murah, saya sarankan anda tawar menawar dengan terus hubungi talian telefon yang diberikan.

Saya dan famili hari tu menginap di Federal Villa, hanya ambil masa kurang 20 minit untuk ke lokasi naik bot Island Hopping Pulau Langkawi. Ada van datang ambil kami sekeluarga di hotel tempat penginapan, dan tak perlu bayar sebab harga pakej termasuk dengan pengangkutan ambil dan hantar penumpang. Jadi, memang berbaloilah.. tak perlu susah payah.
Island Hopping Langkawi Island - Cheap Affordable
Selain pakej lawatan menerusi Island Hopping Langkawi, anda juga boleh mendapatkan servis melawat tempat menarik yang lain seperti lawatan ke Hutan Paya Bakau (Mangrove Tour) termasuklah lawatan ke Gua Cherita (Story Telling Cave) dan juga ke Pulau Dangli.

Pulau Dangli adalah antara lokasi pilihan untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti snorkelling dan berenang. Air laut di pulau ini sangat jernih dan anda boleh melihat keindahan kehidupan dalam laut yang sangat mempesonakan.

Berminat untuk mendapatkan servis ini? Dapatkan nombor telefon yang tertera dan buat tempahan eksklusif anda sekarang!
Island Hopping Langkawi Island - Cheap Affordable

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement