Saya terlepas kisah Mak Kau Hijau yang viral baru-baru ini. Saya yang ketika itu sedang berada di Pulau Pangkor bersama isteri memang tak tahu menahu pun al kesah dua budak bergaduh sambil berkata - "Mak Kau Hijau, Bapak Kau Hijau" tu.

Sebaik sahaja kami anak beranak selamat menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor - sama tarikh dengan SBBYeos2015 dan majlis perkahwinan Fatin Liyana, saya pun dapat tahu bahawa Mak Kau Hijau, Bapak Kau Hijau menjadi trending di laman-laman sosial. Serius saya memang blur bila nampak beberapa status menggunakan ayat dan perkataan tersebut di wall laman sosial saya.

Lagu Mak Kau Hijau Mula Trending

Dan baru tadi saya dapat tahu bahawa insiden tersebut telah mengilhamkan sebuah lagu bertajuk serupa. Layan juga lagu berbentuk remix tu... hahaha...

Sebenarnya isteri saya yang alertkan benda ni tadi pada saya, lalu saya pun cari sumber mana nak dapat lagu Mak Kau Hijau di Youtube. Nampaknya pencarian tak sia-sia, saya jumpa juga lagu ini yang dipersembahkan dalam versi remix. 

Yang bestnya ialah, anak saya Amri (10 tahun) dah tahu terlebih dahulu kewujudan video dan lagu Mak Kau Hijau ini.... erkkk ..!

Video Lagu Mak Kau Hijau

Kisah Mak Kau Hijau mengingatkan zaman remaja saya di sekolah dulu. Ketika itu, kalau nak memaki-hamun memang tak gunakan perkataan lucah atau mencarut, tetapi lebih kepada main nama bapak, nama mak, sampai nama tok nek pun dihambur untuk mencemuh. Ia dijadikan sebagai satu bentuk serangan peribadi, apatah lagi kalau nama bapak dan nama mak dikaitkan dengan benda-benda lain ...

Itu kisah dulu.

Cuba buat macam cerita Labu Labi ilham filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ... hoho .. ambil kertas, peroyokkan pastu pijak ... "Ini bapak kau" ... "Ini bapak aku" ... tak libat pergaduhan fizikal, tetapi amarah disalurkan pada kertas tersebut ... hoho.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. haha. yg ni kelaka. bapak kau kumbang

    ReplyDelete
  2. HAHAHA.... apsal mak bapak dia hijau.... mungkin shrek barangkali...

    ReplyDelete
  3. Pengaruh kuat cerita Toyol, Shrek dengan Hulk ni....

    ReplyDelete
  4. Hahaha dah lama viral ni .. baru tau kisah sebenar .. terkenang zaman budak2 dulu 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement