Saya tak pasti apakah kriteria utama yang membuatkan pihak MAMPU menyekat akses ke blog-blog tersebut. Daripada beberapa info tidak rasmi yang saya ambil dari rakan-rakan blogger, kebanyakkan blog dan laman web yang disekat adalah diakhiri dengan .com. Saya sendiri tidak pasti samada blog ini juga menerima tempias sekatan oleh pihak MAMPU.
MAMPU Sekat Blog dan Laman Web
Blog-blog yang disekat ini kemungkinan dianggap oleh pihak MAMPU boleh menjejaskan fungsi kebolehupayaan pengurusan di sektor-sektor awam, memandangkan blog ini disekat jika diakses menerusi kemudahan internet dan wifi di pejabat-pejabat kerajaan.Apapun, agak tidak jelas kenapa pihak MAMPU sekat akses ke blog-blog ini walhal kalau diikutkan pada paparan sekatan di bawah ini, agak mencurigakan dan tidak adil pihak MAMPU sekat dengan mengatakan bahawa ia adalah termasuk di dalam kategori social networking.
Kategori-kategori lain tu memang tidaklah sebab daripada dua contoh berikut, ia melibatkan blog SemuanyaBola.com dan AbangEnsem.com.
Namun begitu, jika disemak kepada Pekeliling Kerajaan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003, saya memetik bahagian Tatacara Penggunaan Internet seperti dipaparkan di bawah ini, ada bahagian tujuh yang sangat jelas melarang penggunaan internet atas sebab dinyatakan di pejabat-pejabat dan agensi kerajaan.
Mungkinkah akses ke blog dan laman web berkenaan adalah kerana perkara 7 dinyatakan di atas ini?
Ada input untuk entri ini? Boleh tinggalkan di ruangan komen. Apa pula pendapat dan pandangan anda akan kewajaran ini?
p.s: Saya bukan keyboard warrior .. :)
block kat tempat kerja je rasanya ni ... biasa la ... heee
ReplyDeletenanti akan guna bypass punya. huhuhu
ReplyDeleteGuna ultrasurf atau freegate lepasla surf..heheh
ReplyDeletemampu taknak pekerja tengok blog waktu kerja..hehe
ReplyDeletekalau blok kat tempat keje oklah...jangan disekat terus melopong lak nnt pemilik blog..
ReplyDeletenak tunggu juga jawapan mereka tu, mungkin mereka detect sesuatu keyword ataupun feeds blog tu kot.macam semuanyabola.com tu 90% trafik daripada FB, mungkin ada tempias social network feeds yang banyak disitu.
ReplyDeleteMacam depa block web porn tu, mesti ada kriteria tertentu berdasarkan keyword kot.itu tak pasti, sebab ada juga web porn yang tak diblock
Rasanya ia dikategorikan sebagai lawatan bersifat peribadi kot. Melainkan blog-blog tersebut menjadi rujukan utama kepada pihak berwajib, maka akses tersebut boleh dibuka.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.