Selera Intan antara restoran yang menjadi kegemaran saya, wife dan anak-anak. Setiap kali datang makan ke restoran ini, Nasi Gorang Kampung adalah antara menu yang sering saya pilih. Manakala, anak-anak pula sukakan Chicken Chop yang disediakan di sini. Malah, saya lihat kebanyakkan pengunjung Selera Intan banyak yang akan memesan Nasi Goreng Kampung dan Chicken Chop. Harganya pula memang sangat berpatutan. Serius, kalau nak bawa anak-anak makan Chicken Chop, memang Selera Intan lah yang menjadi pilihan utama.
Nasi Goreng Kampung Sup Ekor Selera Intan
Saya suka Nasi Goreng Kampung di Selera Intan kerana ikan bilis dia rangup, pastu banyak, dan paling best, guna kangkung dan cili api segar - antara ciri penting menu bernama Nasi Goreng Kampung.
Nasi Goreng Kampung di Selera Intan ada keropok dan disediakan juga sup biasa. Saya selalunya akan order triple - samada kombinasi nasi dengan Telur Goreng Goyang, nasi dengan sup tulang/ekor atau nasi dengan tomyam - dengan Teh Tarik. Kalau nak sejuk, saya suka order air buah-buahan.
Huishh sedapnyaaa.. kat kuantan ni susah nak cari sup ekor sesedap... nanti nak try makan kat sini
ReplyDeleteMeh meh .. dijemput datang ke Parit Buntar, nanti call bro di sini, in Sha Allah boleh bawak makan sini sekali dengan tempat Mee Udang .. :)
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.