Saya pernah cerita bagaimana sebuah restoran yang terletak di Ampang berjaya menaikkan jualan semasa Ramadhan menerusi entri Rahsia Casa Ombak Lariskan Bisnes. Dengan menjadikan blogger Malaysia sebagai metod mempromosikan produk dan bisnes mereka, nama Casa Ombak dikenali ramai malah menjadi pilihan antara terbaik untuk berbuka puasa tatkala Ramadhan menjelma saban tahun.
Promosi Buffet Ramadhan Blogger Tingkatkan Jualan
Semasa saya hadir di promosi Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Golf Resort Restaurant, saya ada bertanyakan mengenai keberkesanan promosi buffet dan sajian istimewa yang dilakukan oleh blogger. Ya, memang pegawai (promoter) jualan di situ mengakui bahawa blogger sangat berpengaruh untuk membantu melariskan promosi buffet Ramadhan yang mereka lakukan sejak beberapa tahun yang lalu.Bukan setakat hotel, coffee house, resort, dan restaurant menggunakan servis review/advertorial oleh blogger untuk promosi buffet Ramadhan, malah ada kedai-kedai makan biasa, termasuklah AJK sesebuah Bazaar Ramadhan yang mengupah blogger untuk mempromosikan bisnes mereka.
Jadi, jangan terlalu hairan apabila setiap kali tiba bulan puasa setiap tahun, blogger-blogger Malaysia akan penuhkan isi kandungan blog dengan entri-entri mengenai makan-makan, promosi berbuka puasa termasuklah promosi buffet Ramadhan.
Blogger Bukan Sekadar Promosi Buffet Ramadhan
Dan blogger bukan sekadar mempromosikan buffet berbuka puasa, malah ada yang turut membantu usahawan-usahawan lain untuk mengiklankan produk-produk seperti Kuih Raya Semperit, pakej mengerjakan Umrah, buku resepi Ramadhan, termasuklah promosi jualan persiapan hari raya oleh peniaga-peniaga butik online.Jika anda seorang blogger, maka pastikan anda mengambil peluang untuk approach mana-mana usahawan untuk mendapatkan job berbayar seperti advertorial dan review.
Dan jika anda seorang usahawan, inilah peluang terbaik mendapatkan servis daripada blogger Malaysia untuk membantu melaris dan tingkatkan jualan produk di bulan Ramadhan penuh berkat ini, in Sha Allah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.