Resepi gulai lemak Nangka. Dah lama saya tidak kongsikan resepi House Husband  yang mudah dan sedap untuk para suri rumah ... hoho. Saya tahu ada rakan blogger yang suka jenguk-jenguk resepi yang saya kongsikan. Al maklumlah, resepi dari air tangan seorang lelaki bernama suami ni lain macam sikit... hoho. Ia mudah dan senang, dan paling penting diterima tekak dan perut. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi cukup mudah iaitu resepi gulai lemak Nangka.

Sebenarnya cara nak memasak gulai lemak Nangka tak jauh bezanya dengan masak lemak yang lain. Cuma ada beberapa langkah tambahan untuk memastikan gulai lemak Nangka itu tambah lazat dan sedap.
Resepi Gulai Lemak Nangka
Untuk resepi kali ini, saya gunakan satu bahan yang boleh melazatkan lagi hidangan dan menu masak lemak gulai Nangka ini, iaitu Udang Galah.

Resepi Gulai Lemak Nangka

Mari lihat bahan-bahan untuk memasak resepi gulai lemak Nangka ini.

Bahan-Bahan

  • Suku biji Nangka muda dipotong dadu besar (ikut saiz buah Nangka).
  • 1-2 ekor Udang Galah
  • Satu cawan air
  • 2 buku bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 setengah inci halia
  • setengah inci kunyit hidup
  • Sedikit ikan bilis
  • 5-10 biji cili api
  • 5 biji cabai masak
  • Sekeping asam keping/gelugor
  • Sehelai daun kunyit
  • Secawan santan pekat
  • Sebatang serai

Cara-Cara Memasak

  1. Pertama sekali, untuk menyediakan hidangan gulai lemak Nangka yang sedap dan lembut, anda perlulah merebus Nangka muda yang telah dipotong dadu besar sehingga suku empuk (kira-kira 30 minit). Pastikan sebelum merebus anda dah cuci dengan bersih. 
  2. Kisar bahan-bahan ini - bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, ikan bilis, cili api, cabai masak.
  3. Panaskan periuk dengan satu cawan air. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan Udang Galah dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan pula santan. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan pula Nangka muda yang telah direbus dan ditoskan airnya.
  6. Kemudian, masukkan asam keping, daun kunyit dan serai yang dititik.
  7. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Biarkan selama beberapa minit untuk gulai jadi sebati dan Nangka jadi lembut.
  9. Siap.

Mudah bukan? Ada orang suka masukkan ikan masin malah daging ke dalam resepi ini. Anda boleh mencubanya untuk menggantikan Udang Galah. Udang Galah hanyalah satu option, anda boleh masukkan atau tidak. Boleh diganti dengan ikan bilis atau udang biasa; terpulang pada diri anda.

Untuk tambahkan pedas, boleh titik beberapa biji cili api atau hanya tambah cili api dalam bahan dikisar.
Resepi Gulai Lemak Nangka
Setengah resepi gulai lemak Nangka akan buat tumisan. Tapi resepi yang saya kongsikan ini tidak ditumis tetapi terus campur memandangkan saya menggunakan santan pekat. Jika tidak berapa suka rasa pekat santan, boleh tambah air atau kurangkan santan.
 Resepi Gulai Lemak Nangka
Selamat mencuba resepi House Husband saya. Resepi ini merupakan resepi gabungan saya belajar dari isteri dan emak saya... in Sha Allah, ia membuka selera apatah lagi jika dimakan gabung dengan lauk ikan kering atau ikan goreng. Syor saya, makan gulai lemak Nangka ini dengan ikan selar atau ikan kembung goreng .. perghh memang best!

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement