Perghhh ... isu lama yang makin lama makin parah. Setiap tahun, pasti akan timbul isu dan masalah ini terutama di Bazaar Ramadhan. Semuanya gara-gara tidak mahu kerugian berniaga, sehingga sanggup menjual kuih muih dan lauk pauk yang sudah basi. Alahai peniaga, kenapalah dicemarkan kesucian bulan Ramadhan dengan perkara sedemikian rupa. Patutlah ada peniaga yang untung berganda, rupanya jual kuih muih dan lauk pauk yang sudah basi rupa-rupanya.

Ini bukan taktik dan teknik yang bagus nak kaut untung di bulan mulia. Walaupun bukan semua peniaga bersifat demikian, namun ianya telah mencemar dan memalit 'lumpur' pada peniaga-peniaga lain. Angkara ketidakjujuran sesetengah dari peniaga Bazaar Ramadhan, maka peniaga lain turut terkena tempiasnya. Bisnes jadi merudum, dan akhirnya siapa yang rugi?

Untung Berganda Jual Kuih Dan Lauk Pauk Basi

Peniaga untung berganda jual kuih dan lauk basi
Sekadar Hiasan

Ini adalah keratan artikel daripada akhbar Utusan Online:.

HULU TERENGGANU 26 Jun - Cerita kuih basi di sebuah bazar Ramadan di sini dimuat naik menerusi WhatsApp dan menjadi viral dalam Facebook kumpulan.

Seorang pembeli, Hasniza Hassan memuat naik status pada pukul 11.12 pagi semalam dengan berkata, beliau kecewa kerana kuih agar-agar santan yang dibelinya tidak boleh dimakan.

"Mareng (semalam) gi beli agar-agar warna hijau. Balik nok (hendak) makan, basi doh (sudah).

"Kepada peniaga bazar, ambe (saya) tak kira pasal harga, tapi nok kabo (beritahu) janganlah jual semula kuih hok (yang) dok abih (tidak habis)...frust sebab anak-anak nak makan, tapi basi," katanya.

Status yang dimuat naiknya mendapat 170 'likes' dan turut mendapat 70 komen yang menyokongnya dan meluahkan pengalaman yang sama.
Fatin Juanah yang turut mengutarakan komen di status Hasniza berkata, beliau turut merasa terkilan apabila kuih yang dibelinya turut basi.

"Beli kuih lopis, nak makan lepas terawih, tapi bila bukak plastik saja dah bau dan rasa masam. Memang sangat kempunan," katanya.

Noor Eyjai pula berharap penjual tidak hanya mahukan keuntungan dengan menafikan hak pembeli.

"Saya beli solok lada RM4, bila balik buka nak makan tak boleh makan sebab dah basi. Membazir je beli. Peniaga tolonglah menjual dengan ikhlas, jangan mengharapkan keuntungan dengan menjual makanan basi," katanya.- Utusan Online

Zaman sekarang zaman media sosial. Silap gaya, segala perkara termuat di media sosial terutama sekali Facebook. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Amalkan Budaya Sedekah

Apa yang boleh dilakukan untuk para peniaga ialah terus terusan berniaga dengan jujur dan ikhlas. Amalkan konsep sedekah di bulan Ramadhan penuh mulia ini. Jika fikir makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk tidak terhabis dijual, maka ada kesempatan masa untuk menyalurkannya ke masjid-masjid dan surau-surau sebagai hidangan atau menu selepas menunaikan sholat Tarawih.

Cadangan saya ialah, berpakatlah sesama peniaga di Bazaar Ramadhan. Daripada makanan dibuang atau lebih teruk dijual semula pada esoknya, adalah lebih baik mencari keberkatan bersedekah. Ada banyak cara boleh dilakukan.
  • Jual lelong dan niatkan untuk bersedekah kerana Allah S.W.T atas 'kerugian' modal.
  • Berikan pada surau-surau dan masjid-masjid yang mengelolakan moreh selepas selesai Solat Sunat Tarawih.
  • Saling tukar juadah dijual sesama peniaga secara percuma - ia bukan dapat hindarkan makanan dibuang, tetapi juga tingkatkan ukhwah sesama peniaga di bazaar Ramadhan.

Dan banyak lagi cara yang boleh difikirkan sesuai daripada menganiaya pelanggan dan orang ramai yang mencari juadah berbuka puasa. Memanglah untung dapat berkali ganda jual kuih muih dan lauk pauk basi, tetapi adakah anda mahu mereka yang rasa teraniaya ini mendoakan sesuatu kepada anda sebagai peniaga yang tidak baik nanti?

Harus ingat, Ramadhan penuh berkat, pintu doa terbuka luas. Silap haribulan, Ramadhan tahun ini mungkin bulan terakhir anda berniaga. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement