Wah. Serius pertama kali saya dapat tahu wujudnya Air Kelapa dihidangkan dalam baldi! Alhamdulillah, baru-baru ini, isteri saya telah mengajak saya untuk mencuba merasai menu istimewa di Warung Kita, bertempat di Kampung Melayu Sungai Buloh. Lokasi makan-makan ini merupakan rekomendasi salah seorang teman rapat isteri saya yang bekerja di Sungai Buloh. Katanya, restoran Warung Kita ini menyediakan menu istimewa iaitu Air Kelapa Baldi, Nasi Mmanggey, ABC Oreo dan Juara Coconut Shake.

Lokasi Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh ini amat mudah ditemui. Anda boleh gunakan aplikasi Waze menerusi telefon pintar anda kalau nak mencari dengan mudah. Ala .. tak yah guna Waze pun boleh jumpalah...hoho. Jika dari arah Kuala Lumpur, hanya keluar exit Hospital Sungai Buloh menerusi lebuhraya PLUS, ambil kanan di lampu isyarat pertama dan kemudian terus sehingga nampak satu simpang lampu berisyarat sebaik sahaja melepasi satu jejambat terowong. Ambil kanan di simpang tiga tersebut dan terus .. in Sha Allah, boleh jumpa Warung Kita.

Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh

Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh
Warung Kita tak ada menu lain, semuanya fixed, so anda tak perlu risau soal bajet. Pilih sahaja menu-menu menyelerakan ini, termasuk menu istimewa yang sering menjadi bualan penduduk setempat.

Menu Istimewa Warung Kita

  • Juara Coconut Shake - RM3.00
  • Air Kelapa Baldi - RM3.50
  • ABC Oreo - RM3.50
  • Nasi Mmanggey - RM4.50
  • Nasi Belauk Air Suam - RM4.50
  • Nasi Lemak Ikan Tongkol - RM4.50

Nasi Mmanggey dan Air Kelapa Baldi

Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh
Air Kelapa Baldi - Nasi Mmanggey
Saya dan famili order Air Kelapa Baldi dan Nasi Mmanggey. Nasi Mmanggey ini dihidangkan dalam bungkusan daun pisang, jadi memang harumlah bau dia. Nasi Mmanggey ini terdiri dari nasi dengan lauk ayam yang dipotong kecil, dicampur dengan sedikit kuah. Puas makan dengan harga RM4.50.

Air Kelapa Baldi memang buat hilang dahaga. Kalau nak order, jangan order banyak, cukup satu dikongsi sehingga 3-4 orang. Dan paling istimewa ialah Juara Coconut Shake dan juga ABC Oreo.

Sedapnya ABC Oreo dan Syoknya Air Kelapa Baldi

Air Kelapa Baldi - ABC Oreo
Restoran ini agak luas, ada dua kawasan tempat menjamu selera, anda boleh pilih untuk duduk bersimpuh atau bersila di pondok-pondok khas atau memilih untuk makan secara berjemaah di meja-meja yang memang tersedia untuk 4-8 orang duduk.
Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh
Anak-anak pula diberikan pilihan untuk main di kawasan lapang disediakan. Siap ada basikal kecil dan juga kereta pusing roda tiga. Al maklumlah, kadangkala kena beratur lama untuk mendapat menu yang dipilih. Ya, konsep Warung Kita adalah layan diri, jadi anda kena beratur untuk order menu yang ada... hoho ..
Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh

Masalah Parking Warung Kita

Cuma satu je masalah dengan Warung Kita - masalah untuk parking kereta. Kawasan meletak kereta disediakan secara terhad, jadi kalau ramai orang terpaksalah parking agak jauh sedikit. Lagipun, kalau nak parking sesuka hati, agak merbahaya memandangkan restoran ini terletak di simpang empat berlampu isyarat.

Ok. Jika ada peluang, bolehlah cuba menjamu selera di Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh ini, serius anda akan ingat Air Kelapa Baldi dan Nasi Mmanggey ini sampai bila-bila .. hoho.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kat kampung aku, air kelapa dihidangkan dalam kolah.

    ReplyDelete
  2. Huishh ena tertarik air kelapa yang dihidangkan tu... Nak try nak tryyyy.. Sluurrppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa pergilah cuba, air kelapa tu memang terbaiklah .. leh kembung perut dibuatnya .. haha

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement