Widget Bloglovin senang nak dipasang, apa yang perlu anda lakukan hanyalah daftarkan blog anda untuk dimasukkan ke dalam Bloglovin, dan seterusnya letakkan widget tersebut samada di sidebar blog atau di bahagian footer blogspot anda.
Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini
Widget ini sudah tersedia seperti ditunjukkan di bawah, tak perlu nak ubah apa-apa, ia hanya boleh digunakan untuk blog blogspot atau laman web tertentu tetapi tidak tersedia di dalam bentuk plugin untuk blog platform Wordpress. Jadi, kalau anda gunakan blogspot, boleh ambil peluang ini untuk tambah pembaca setia menerusi Bloglovin, atau sekadar cantikkan blog anda .. huhu...Untuk mencuba widget ini, atau daftarkan blog anda di dalam pengkalan data Bloglovin:
- Login ke Bloglovin samada menggunakan email atau menerusi Facebook.
- Pilih atau cari blog yang anda mahu follow, contohnya blog ini di sini - Bloglovin - HASRULHASSAN.COM
- Untuk memasukkan widget ke dalam blogspot anda, anda perlu pergi ke laman berikut - Bloglovin Widgets
- Pilih mana-mana pilihan wigdet yang tersedia, dan kemudiannya salin kod HTML/Javascript yang diberikan. Tampal kod tersebut menerusi Add Widget/HTML dan letakkan di sidebar blogspot anda. Siap.
Selamat mencuba.
Adakah fungsinya macam google feedburner?
ReplyDeleteLebih kurang, tetapi lebih menarik dari feedburner
Deletemacam-macam widget ada sekrang ni, tepuk dada tanya selera
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.