Pesanan ini sangat-sangat bagus agar kita dapat menjaga hubungan yang baik dengan keluarga mertua, terutama sekali untuk memastikan mak mertua tidak memberikan pandangan yang tidak baik. Apatah lagi di hari mulia - hari raya. Tidak kiralah anda merupakan pasangan yang dah lama berkahwin atau baru sahaja mengecap nikmat sebagai pasangan suami isteri.
Pesanan Untuk Mereka Beraya di Rumah Mak Mertua
Saya kongsikan 4 pesanan penting untuk mereka yang akan beraya di rumah mertua. Dah kawin, kena jaga-jaga, apatah lagi buat pasangan yang baru kahwin, mata ibu mertua amat tajam ketika ini. Tak mahulah berikan impression yang salah dan tidak manis, ye tak? In Sha Allah, pesanan ini boleh diambil sebagai panduan untuk sama-sama kita - sesama suami isteri ingat mengingati dan menjadikan raya lebih baik dari sebelumnya, dan kekal menjadi ingatan manis buat semua.Pesanan Pertama
Baju dalam dan seluar dalam tolonglah bawa yang elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir takla malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni seluar dalam dah macam roti jala.. ada gak dah macam tanggok ikan kat parit tu - jadi tak payah la nak bawak..
Pesanan Kedua
Tuala pun bawak la yang baru.. yang dah lusuh kena clorox tu tak yah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yang pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun nak pakai gak.. kekadang ada yg dah berlubang-lubang...
Pesanan Ketiga
Kebanyakkan orang barang-barang mandian pun tak berapa kesah.. berus gigi tu bawak la sorang satu yang baru.. kalau kat supermarket tu 5 batang baru RM5.. ni rupa dah macam berus jamban pun nak bawak gak.. isikan di dalam satu bekas utk kita dan anak-anak punya.. biasakan anak-anak simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai-ramai diorang ni main sauk je apa yang dapat.
Pesanan Keempat
Satu lagi kalau bawak bantal dan "gebo" (selimut) bawak lah yang semenggah sikit.. bantal yang dah leper sama ngan plywood tu takyah la bawak.. tukar la sarung yg elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..
Pesanan AM
Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah mcm alas kaki.. berus gigi dah kembang macam berus jamban, bantal dah macam "Ojol" (getah sekerap).. tu belum lagi aroma yang dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...
Orang perempuan kena jaga benda-benda ni semua... sebab biasanya para suami tak ambik tahu pun pasal benda ni.. dia tahu semua dah siap je.. benda-benda yg macam ni lah kita kena aware sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua atau balik rumah mak sendiri...
Semoga perkongsian ini setidak-tidaknya menjadi hari raya kita semua bukan sekadar berhias diri pada diri sendiri luaran sahaja, tetapi juga perkara-perkara dalaman. Apa guna cantik di mata orang luar, tetapi pada keluarga sendiri banyak yang tak terjaga, ye tak?
Raikan raya dengan kesyukuran kerana adanya orang-orang tersayang di sekeliling kita, in Sha Allah. Kongsikan entri ini agar Aidilfitri lebih bermakna.
p.s: Perkongsian ini diambil dari laman sosial Facebook tanpa ketahui asal-usulnya.
Betul kata2 Abg HH.. Semoga menjadi peringatan kepada semua.. Peringatan untuk diri ena juga even tak berumah tangga lagi.. Rumah je ada tangga.. ekekeke
ReplyDeleteMemang WIN pesanan ni. Terbaik! Senyum-senyum saya baca.
ReplyDeleteSaya masa awal dapat ni, memang senyum sorang-sorang - banyak kebenarannya .haha
Deletebaiklah.
ReplyDeletenak salin kejap pesanan ni semua.
takut terlupa.
hahaha.. ada dpt dalam wasup.. klalar pulak bc..
ReplyDeletebagi saya..takpe nak bawak yang buruk2 pun..kalau tertinggal ke..hilang ke.. tak kisah sangat..bior la nak kata apa hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.