Blogger di Malaysia ramai, malah setiap hari ada sahaja blog baru yang muncul. Malah usahawan sendiri banyak yang telah bina dan buat blog perniagaan sendiri. Ada yang gunakan platform berbayar, malah ramai yang gunakan cara bina dan buat web perniagaan percuma sendiri. Dah semakin mudah untuk bina dan buat blog bisnes, main klik sana, klik sini, drag, copy-paste ... dah siap laman web perniagaan sendiri dalam masa kurang 5 minit.
Blogger Bantu Tingkatkan Jenama
Tapi itulah, dah ada laman web, ada blog, ada Facebook Page, tapi produk masih lagi susah nak jual. Produk dah best, tapi sale kurang.Perkara paling penting untuk bersaing dalam perniagaan online ialah untuk membolehkan jenama anda dikenali. Lihat sahaja bagaimana seorang blogger wanita yang mulanya jual tudung dari kolejnya telah berjaya menjadi seorang jutawan, hanya kerana beliau berjaya menaikkan jenamanya sendiri iaitu Radiusite.
Tudung - antara produk terlaris dan mudah terjual, apatah lagi potensi pasarannya yang luas. Tapi, tanpa jenama walaupun produknya sama, agak sukar untuk melariskannya. Ramai yang dah tahu cara nak buat bisnes tudung sendiri, tetapi tidak tahu untuk memperkenalkan jenama tudung sendiri.
[+] Baca mengenai - Blogger Nurul Hidayati Buat Jualan 30K Sebulan
Penjenamaan Itu Penting
Jadi jenama itu penting. Namun begitu, ada jenama tapi tidak dikenali, jadi sukar juga. Jenama bukan main gah nama, tapi harammmm .... tak ramai yang kenal dan tahu. Jadi, di sinilah letaknya peranan blogger untuk bantu tingkatkan jenama.Lihat sahaja bagaimana Kelab Golf Bangi menggunakan blogger untuk bantu menaikkan jenama mereka sebagai antara lokasi berbuka puasa di bulan Ramadhan. Dan baca juga catatan saya tentang bagaimana pemilik restoran Casa Ombak menggunakan khidmat blogger untuk menaikkan jualan buffet Ramadhan. Blogger bantu jenama itu dikenali, dan jika bernasib baik, boleh menjadi viral di media sosial lainnya.
Blogger Dapat Bantu Perkenal dan Tingkatkan Jenama
Bagaimana blogger bantu tingkatkan jenama ini?Sudah pastinya menerusi penulisan. Penulisan sebegini dinamakan penulisan review dan advertorial. Pemilik jenama akan menggunakan blogger untuk menulis mengenai jenama mereka, dan diselitkan juga mengenai produk mereka. Contohnya, orang tahu mengenai jus oren tetapi jus oren dari jenama apa yang paling terbaik?
Blogger bukan sekadar membantu meningkatkan sesuatu jenama itu sehingga dikenali, tetapi ia juga membantu untuk mengaitkan sesuatu jenama itu dengan faedah yang akan diperoleh oleh pengguna. Lihat bagaimana saya menulis mengenai produk untuk menghilangkan parut iaitu Azanis. Ramai sudah tahu bahawa memang ada produk yang boleh hilangkan parut, tetapi dari jenama apa? Jenama apa yang paling bagus? Ada review tak dari pengguna? Ada komen tak dari pengguna? Jadi, blogger mengambil peranan untuk menjadi orang yang memberitahu akan kelebihan dan manfaat ini.
Blogger Menyerlahkan Jenama Menerusi Penulisan Terbaik
Jenama sesuatu bisnes itu akan lebih menyerlah dan terserlah seandainya dibantu oleh blogger. Apatah lagi apabila ia melibatkan seorang blogger yang ada pengaruh. Namun, saya tidak menafikan sama sekali bahawa ada juga blogger yang tidak ada pengaruh besar pun boleh bantu usahawan untuk menaikkan jenama ini. Malah, apa yang ditulis oleh blogger-blogger 'kecil' ini lebih senang dan mudah diterima, baik daripada pengunjung mahupun dari pembaca setia blog mereka.Lihat sahaja carian di Google.. anda boleh lihat bagaimana Google telah digunakan oleh blogger Malaysia untuk membantu usahawan menaikkan jenama, yang seterusnya membawa kepada penghasilan jualan.
Create Awareness Dengan Bantuan Blogger
Anda perlu create awareness ini dengan bantuan blogger Malaysia. Jika anda ada bajet besar, mungkin boleh beriklan di TV atau radio atau dalam akhbar dan majalah popular, tetapi .. harus ingat .. beriklan dengan cara itu ada tempoh masa. Tidak seperti menggunakan khidmat blogger Malaysia, apa yang mereka tulis akan kekal berada di alam maya, terutama di enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya. Sekali mereka tulis, sampai bila-bila cerita dan artikel mengenai perniagaan, bisnes, produk dan jenama anda akan wujud dan dicapai oleh berjuta-juta pengguna internet. Berbaloi tak?Nak lagi power atau mahu lariskan produk, anda gunakan khidmat blogger untuk melakukan promosi khas berkaitan produk secara kerap. Lebih kerap lebih baik .. kerana pengulangan inilah yang akan bantu jenama anda terus kekal melekat diingati.
Nak mencuba cara menaikkan jenama produk dan bisnes? Boleh hubungi blogger-blogger Malaysia, atau boleh sahaja dapatkan khidmat saya dengan hantar email ke blogger.hasrulhassan@ gmail.com. atau gunakan ruangan Contact yang telah saya sediakan.
Setuju,bantuan blogger meningkatkan jualan.
ReplyDeleteSalah satu cabang dari bidang pemasaran.
ReplyDeleteSaya setuju.
setuju
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.