Harga tiket dan jadual perjalanan am ETS Transit KL Sentral ke Padang Besar. Sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai kadar tambang serta jadual perjalanan servis terbaru KTM - ETS Ekspress dari KL Sentral ke Padang Besar. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu lagi servis oleh KTM yang telah bermula pada 10 Julai 2015 yang lalu iaitu ETS Transit dari KL Sentral ke Padang Besar.

Berbeza dengan perkhidmatan ETS Ekspress KL Sentral - Padang Besar, ETS Transit melibatkan lebih banyak perhentian atau stesen KTM. Dimaklumkan bahawa servis ETS Transit akan berhenti di kesemua 24 stesen dari KL Sentral hingga ke Padang Besar. Ia juga turut melibatkan 10 stesen yang baru dibuka iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

Harga Tiket dan Jadual Perjalanan Tren ETS Transit KL Sentral-Padang Besar

Untuk harga tiket dan jadual perjalanan ETS Transit ini dari KL Sentral ke Padang Besar, ia akan melibatkan 3 bahagian iaitu KL Sentral ke Ipoh, Ipoh ke Butterworth, dan seterusnya Butterworth ke Padang Besar.

Jadual Perjalanan Tren ETS Transit (Henti-henti)

Dan berikut adalah jadual perjalanan bagi servis tren ETS terkini bermula dari Ipoh ke Butterworth, dan seterusnya Butterwort ke Padang Besar, Perlis.

Harga Tiket Perjalanan Tren ETS Transit KL Sentral-Padang Besar

Manakala di bawah ini adalah kadar tambang penuh ETS Transit dari Ipoh-Butterworth-Padang Besar.


[Baca] Update waktu perjalanan - Jadual Perjalanan Terkini KTM Intercity - ETS Mulai 10 Oktober 2015

Menerusi tren ETS Transit ini, maka bolehlah rancang untuk pergi berhari raya jauh sikit - tak yah naik kereta atau bayar tol ... perjalanan pula cepat dan lancar, in Sha Allah. Ini adalah antara tips bercuti jimat yang boleh anda gunapakai kalau nak pergi ke mana-mana. Dah la jimat, boleh merasai satu kelainan pula.

Saya menjangkakan sambutan akan menjadi amat-amat menggalakkan khasnya untuk pengguna kawasan utara yang dah sekian lama nanti perkhidmatan ETS ini.

Cubalah servis ini, mana tahu leh jumpa dengan stewardess comel ETS .. hoho ..
ETS Utara

Untuk sebarang info lanjut, maklum balas boleh hubungi:
Toll Free: 1-300-88-5862 / Tel: +603 22671200
Email:callcenter@ktmb.com.my
(Operation Time :0700 - 2200)

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement