Alhamdulillah, baru-baru ini rakan saya telah kongsikan kemeriahan Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Golf Resort menerusi WhatsApp. Memang ramai orang yang memilih promosi buffet Ramadhan yang disediakan di Bangi Golf Resort ini. Apatah lagi apabila promosi buffet ini telah dilakukan oleh ramai rakan blogger termasuklah saya sendiri.

Inilah yang dikatakan pengaruh promosi yang dilakukan oleh blogger Malaysia. Ramai usahawan Malaysia samada online dan offline yang nampak keberkesanan promosi yang dijalankan. Alhamdulillah, saya sebagai blogger turut mendapat tempias apabila ditawarkan banyak peluang pengiklanan di blog ini, khususnya advertorial dan juga review.

Kemeriahan Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Golf Resort Club House

Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Dengan promosi oleh blogger, samada blogger kecil besar, tua muda, yang ramai follower, yang sedikit follower, yang ada network, yang pandai SEO (Search Engine Optimization), samada popular atau tidak memang membantu dalam memperkenalkan satu-satu produk dan bisnes. Apa yang dilakukan oleh blogger Malaysia bukan terhad untuk syarikat besar tetapi juga syarikat kecil seperti IKS untuk diberikan pendedahan serta awareness akan kewujudan.

Saya pasti ramai rakan blogger saya yang telah menerbitkan banyak entri seperti Buffet Ramadhan Bukit Merah Laketown Club House, Shawl Rekaan Terkini Bidadary, Susu Momma Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Bisnes Printing Tanpa Modal Dari Rumah, Minuman Bertenaga Untuk Bulan Puasa dan banyak lagi.

Alhamdulillah, artikel advertorial mengenai Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort berjaya menjadi antara artikel atau post paling popular sepanjang awal Ramadhan tahun ini. Ia telah berjaya berada di page pertama Google sejak saya mula terbitkan di blog ini. Sedikit sebanyak, secara lansung atau tidak, ia telah memberikan impak positif kepada restoran di Bangi Golf Resort untuk memperoleh pendedahan sehingga berjaya menjadikan ia antara lokasi popular berbuka puasa Ramadhan 2015.

Gambar Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort

Buktinya, saya kongsikan beberapa gambar kemeriahan buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort yang telah disertai oleh rakan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Komen beliau - "Memang puas hati, ruang makan cukup luas dan menu semua sedap-sedap".
Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf ResortKemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan impak positif dalam pengiklanan online khususnya untuk usahawan yang berminat untuk mendapatkan servis penulisan review dan advertorial daripada blogger Malaysia.

Kepada rakan blogger yang lainnya, seandainya peluang itu belum dapat anda peroleh, mungkin anda boleh mencuba untuk mempromosikan blog anda menerusi laman web Advertorial.MY yang menyediakan platform untuk anda perkenalkan servis advertorial anda.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Memang best .. macam2 pilihan menu ada di sini, tu sbb saban tahun jadi pilihan untuk berbuka puasa ..

      Padam
  2. Ramai juga yang rekemen tempat ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tuan, selesa berbuka puasa di sini, Parking mudah percuma ... pastu tempat makan pun luas ... dewannn besarrr ...

      Makanan memang terbaiklah tuan. CUbalah ye. Tak rugi, in Sha Allah.

      Padam
  3. memang best makan kat sini. Makanan buffetnya memang sangat banyak, puas hatilah

    BalasPadam
  4. banyak baca review yg best tentang tempat ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement