Masalah paparan facebook menjadi tidak normal. Setiap kali bulan baru datang, setiap kali Facebook update, akan ada sahaja benda yang tidak kena pada paparan laman sosial paling berpengaruh di internet ini. Masalah paling sering berlaku ialah paparan Facebook jadi tidak normal seperti kebiasaan, atau dengan kata lain tidak lengkap - seperti saya tunjukkan pada contoh di bawah.

Masalah ini adalah sebenarnya berpunca kepada plugin yang terdapat di dalam pelayar internet. Jika anda pengguna Mozilla Firefox atau Crome seperti saya, anda akan hadapi masalah paparan ini apabila Facebook membuat penambah-baikkan atau update antaramukanya (interface).

Masalah Paparan Facebook Jadi Tidak Normal

Masalah Paparan Facebook Jadi Tidak Normal
Jadi, cara untuk mengatasinya ialah dengan kemaskini versi terkini pelayar internet anda. Seandainya anda pengguna Mozilla Firefox, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk kemaskini versi terkini Firefox anda.

Cara Atasi Masalah Paparan Pelayar Internet Firefox

Klik pada bahagian menu Firefox di penjuru atas, klik pada Add-ons seperti ditunjukkan di bawah ini.
Masalah Paparan Facebook Jadi Tidak Normal
Anda akan dibawa ke halaman seperti ditunjukkan di bawah ini, iaitu senarai plugin yang ada di dalam pelayar internet Mozilla Firefox di komputer anda. Jika ada butang warna merah muncul di senarai plugin yang ada, klik untuk update plugin tersebut.

Anda kemudiannya akan diminta untuk install kemaskini berkenaan. Setelah selesai, paparan di bawah ini akan kelihatan. Butang paparan warna hijau akan keluar tertulis Up to Date.
Masalah Paparan Facebook Jadi Tidak Normal
Jika anda tidak jumpa menu berkenaan, boleh sahaja anda terus ke halaman check plugin itu di pautan ini - Firefox Plugin Check and Update

Masalah pada paparan Facebook selalunya berkaitan dengan plugin menggunakan Java. Java tidak boleh sewenang-wenangnya anda update atau dibuat cara update automatik, ini adalah kerana ada plugin Java ini sangat terdedah dengan serangan malware dan virus. Jadi, anda perlu lakukan dengan berhati-hati, syor saya ialah dengan melakukan update Java secara manual.

Untuk update komputer anda dengan Java secara manual, boleh terus klik pada pautan ini - http://www.java.com/en/download/manual.jsp

Muat turun Java mengikut kesesuaian peranti atau komputer anda. Kemudian, install update dan ikut arahan diberikan.

Untuk info, Java ialah bahasa pengaturcaraan komputer yang berasaskan object (Object-Oriented). Ia merupakan bahasa komputer yang amat luas penggunaannya terutama sekali dalam peranti Android. Memandangkan ia adalah bahasa komputer terbuka (open-source), ia sering menjadi pilihan oleh penggodam untuk dimanipulasi, samada untuk mencuri data, mengalihkan alamat DNS dan URL laman sesawang tertentu, atau menjadikan paparan komputer anda tidak seperti sepatutnya.

Jadi, anda kena pastikan bahawa komputer anda dikemaskini selalu.

Semoga bermanfaat.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah terjadi juga, tapi bila refresh kembali normal...

    ReplyDelete
  2. Selalu jadi bila line betul2 ciput..

    ReplyDelete
  3. Selalu terjadi..Lagi bila line ntrnet terlalu "BAIK HATI" sangat..Hikhik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement