Pakej Percutian Murah ke Beijing 2016 (Muslim Tour). Adakah anda mencari pakej murah untuk bercuti ke negara China, khususnya ke Beijing? Saya ingin kongsikan satu tawaran yang cukup menarik untuk anda semua yang mungkin mencari pakej percutian murah ke Beijing untuk tahun 2016. Pakej percutian ini khas Muslim Tour ini disediakan oleh salah sebuah syarikat tempatan iaitu Wiya Travel and Tours.

Ok. Sedikit pengenalan mengapa memilih Beijing sebagai destinasi pelancongan untuk percutian bajet anda.

Pakej Percutian Murah ke Beijing 2016 (Muslim Tour)

Beijing mula mendapat nama di kalangan rakyat Malaysia selepas Sukan Olimpik 2008. Beijing juga merupakan destinasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggalah kes MH370 pada tahun 2014.
Pakej Percutian Murah ke Beijing 2016 Muslim Tour
Disebabkan itu, bilangan pelancong ke Beijing makin berkurang. Namun sebenarnya, Beijing adalah tempat lawatan yang terkenal dan sesuai untuk percutian bertemakan sejarah, tamadun dan untuk bersantai (enjoy). Beijing juga menjadi destinasi pilihan jika anda ingin merasai pengalaman bermain salji kerana harga pakej percutiannya yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.
Pakej Percutian Murah ke Beijing 2016 Muslim Tour

Fakta Menarik Mengenai Beijing

Antara fakta menarik mengenai Beijing yang harus anda ketahui:
  • Bandar Beijing berusia lebih daripada 3000 tahun lepas dan terkenal dengan sejarah.
  • Kebanyakkan orang di Beijing mempunyai nama “Wang”.
  • Penduduk di bandar Beijing ini sahaja adalah 15 juta orang.
  • Kota Larangan yang terkenal di Beijing mempunyai 1000 bilik.
  • Basikal merupakan salah satu pengangkutan utama.
  • Kebanyakkan rakyat Beijing sama seperti rakyat Korea, tidak mampu berbahasa English dengan lancar.

Amacam? Fakta-fakta yang cukup menarik bukan? Sebenarnya ada banyak lagi perkara menarik yang ada di Beijing, tetapi jarang diketengahkan, apatah lagi mengenai nilai-nilai dan Tamadun Islam yang sedang berkembang di sana.

Pakej Percutian Berbaloi dan Murah ke Beijing 2016 oleh Wiya Travel and Tours

Wiya Travel and Tours - Percutian Murah ke Beijing

In Sha Allah, menerusi pakej percutian murah Muslim Tour yang disediakan oleh Wiya Travel and Tours, anda akan dapat merasai dan mengetahui dengan lebih tepat lagi mengenai apa yang ada di Beijing ini. Syarikat ini menawarkan antara pakej percutian murah dan berbaloi untuk ke Beijing 2016.

Harga Pakej Murah Beijing 2016

Harga ditawarkan adalah RM1980 seorang selama 6 (enam) hari 4 (empat) malam. Tiada kos atau bayaran tersembunyi di sebalik harga percutian murah berbaloi yang ditawarkan ini. Dengan harga yang ditawarkan ini, anda boleh terus pergi bercuti dan hanya menyediakan duit untuk membeli-belah sahaja di Beijing. Tak ke best macam ni? Anda boleh berjimat banyak bukan?

Harga pakej ini termasuklah tiket kapal terbang pergi dan balik, penginapan 4 bintang, kemudahan makanan halal, transport berhawa dingin, tour guide berbahasa English, kemudahan Visa dan juga Insurans.
Pakej Percutian Murah ke Beijing 2016 Muslim Tour

Jadual Tarikh Percutian Murah Beijing 2016 (Muslim Tour)

Berikut adalah antara pilihan jadual serta tarikh untuk pakej pelancongan serta percutian ke Beijing untuk tahun 2016 dan 2017 yang disediakan oleh Wiya Travel and Tours.

Januari 2016 Musim Sejuk (Winter)
7-12 Januari 2016 14-19 Januari 2017

Februari 2016 Musim Sejuk (Winter)
11-16 Februari 201618-24 Februari 2017

MARCH 2016 Musim Luruh (Spring)
9-14 Mac 201615-20 Mac 2016
7-12 April 201614-19 AprilL 2016

Untuk tarikh-tarikh lain, anda boleh lawati laman web syarikat Wiya Travel and Tours di pautan ini - www.wiyatravel.com

Program ini diuruskan 100% oleh Wiya Travel and Tours Sdn Bhd (klik untuk ke FB page).
Syarikat ini adalah Agensi Pelancongan Muslim dan berdaftar KPL (7812).

Untuk tempahan boleh hubungi:
Tel : 03-89596241 / 03-89596242
Office : Anda boleh gunakan aplikasi Waze - 'Wiya Travel and Tours' yang terletak di Sri Kembangan, Selangor.

Jadi, seandainya anda sedang berkira-kira untuk melancong ke Beijing dan mengikuti Muslim Tours 2016 ini, bolehlah membuat tempahan awal dari sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan. Pastinya ia akan menjadi destinasi pelancongan anda yang diingati, paling best, anda menikmatinya dengan pakej percutian ke Beijing yang cukup murah dan berbaloi untuk tahun 2016.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement