Masya Allah, siapalah yang buat kerja yang jauh tersimpang dari agama Islam ini. Sesungguhnya perbuatan sihir adalah sesuatu yang dilaknat dan dianggap menyekutukan Allah S.W.T. Ya, saya baru tahu ada rakan blogger yang telah terkena sihir. Bila dilihat pada catatannya, sudah berbulan juga rakan blogger ini berada di dalam proses penyembuhan.

Sihir merupakan ilmu kuno yang memang wujud. Ia wujud ribuan tahun dahulu, malah menjadi amalan banyak bangsa di dunia. Dikenali dengan pelbagai nama, amalan sihir adalah amalan yang sangat jahat. Ia merupakan amalan kuno lama yang sehingga kini masih lagi diamalkan oleh sebilangan golongan di dunia ini. Dan jangan terkejut, jika amalan ini juga masih lagi ada di dalam amalan masyarakat moden di Malaysia.

Rakan Blogger Kena Sihir !!

Rakan Blogger Kena Sihir !!
Dalam Islam, ilmu hitam dan sihir telah banyak kali diceritakan. Ia merupakan satu perbuatan yang salah dan dimurkai oleh Allah S.W.T. Banyak hadith dan kisah di dalam Al Quran yang menceritakan mengenai sihir ini, antaranya:

Firman Allah, "Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekalian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan." (al-A’raf ayat 116).

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim dam hasad dengki.

Saya pernah tulis dan terbitkan beberapa artikel pendek mengenai sihir ini, antaranya:
"Dan jika syaitan menganggu kamu dengan satu gangguan maka pohonlah perlindungan dari Allah, maka sesungguhnya DIAlah yang Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Fussilat-ayat 36)

Doa Buat Rakan Blogger Terkena Sihir

Buat rakan blogger yang terkena sihir itu, saya harap keadaan akan kembali normal seperti sediakala. Bukan mudah nak hadapi masalah sihir dan ilmu hitam ini. Apatah lagi bila tidak tahu tempat dan cara untuk ubatinya.

Saya sendiri ada pengalaman peribadi mengenai sihir dan ilmu hitam. Ianya berlaku di dalam keluarga saya. Memang sesuatu yang sukar nak hadapi apatah lagi bila kita tiada ilmu yang mendalam mengenainya. Apatah lagi seperti diri saya yang ketikan itu naif dan tidak tahu apa-apa. Bahaya sihir ini bukan hanya memudaratkan tubuh badan, tetapi boleh menjejaskan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kefahaman perlu ada untuk mengetahui apa itu sihir dan ilmu hitam supaya manusia tidak terpedaya dengan hasutan Syaitan yang mahu umat Nabi Muhammad S.A.W tergelincir dari keimanan dan ketakwaan.

Episod hitam saya dan keluarga itu telah lama berlalu, namun dalam ingatan saya ia masih lagi melekat sehingga kini. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, segalanya berakhir dengan baik.

Seandainya anda terkena ilmu hitam atau sihir ini, jangan berlengah untuk berubat dengan mereka yang pandai dan alim dalam bab ini. Namun, di masa yang sama, jangan lupa untuk memohon kepada Allah S.W.T dengan berdoa setiap masa, membuat amalan baik khususnya membaca Al Quran.

Mahu baca kisah rakan blogger yang saya maksudkan ini? Boleh baca di entri terbaru blogger tersebut di sini - The Story of Life - Witchcraft .

Berikan kata semangat pada blogger ini untuk meneruskan kehidupan, dan jika anda ada tips serta panduan tertentu, silalah berkongsi dengan blogger ini. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari perbuatan jahat dan sihir ini, in Sha Allah.

Doa Untuk Tanggani Sihir dan Ilmu Hitam

Dan saya kongsikan satu doa yang boleh diamalkan untuk tanggani masalah sihir dan ilmu hitam ini, semoga ia dimanfaatkan.
Doa lindungi diri dari ilmu sihir dan ilmu hitam

Kredit: Apa Itu Sihir - Darul Kahfi
 

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak sangka juga zaman moden cam skrg masih ada yg buat perkara begini

    ReplyDelete
  2. Kuatkan hati kita kepada ALLAH, sihir takkan masuk meresapi tubuh kita.

    ReplyDelete
  3. Semoga sahabat kita ini disembuhkan drp ilmu hitam atau sihir yg dihadapinya. Insya Allah...

    ReplyDelete
  4. kena segera berubat dan mendekatkan diri kpd Allah..

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah kesiannya.. Mentaliti masyarakat Melayu yg kurang pegangan agama begini la selalunya.. Sihir untuk balas dendam atau puaskan hati. Arwah pakcik sy juga adalah salah seorang mangsa sihir dulu.. Moga Allah lindungi kita semua dari panahan sihir..

    ReplyDelete
  6. semoga blogger yang terkena sihir tu dapat sembuh seperti sediakala...hasad dengki manusia ni memang susah nak buang..tambahan plak orang melayu ni..

    ReplyDelete
  7. masih ada lagi manusia yg suka menyihir orang lain ni..iri hati dengan kesenangan & kebahagiaan org lain.. semoga rakan blogger tu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. semoga rakan blogger tu selamat dah terhindar dari sihir.

    ReplyDelete
  9. Allah. Ada jugak mcm ni. Semoga sihat selalu. Amin.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
    -Jalan Lemal.kelantan
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
    email : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement