#SyawalPakLeman - Iklan raya 2015 dari Mydin. Sebuah lagi iklan raya yang agak sedih, yang menyorot kisah sebenar dalam masyarakat kita hari ini. Tidak dinafikan, ada di kalangan masyarakat di zaman ini yang masih bersikap memilih dan memandang rendah akan orang lain.

Syawal adalah untuk kita meraikan semua orang dengan pandangan yang sama, bukan membeza-bezakan siapa mereka, status mereka atau kedudukan mereka. Sebenarnya Allah S.W.T telah memberikan setiap orang kelebihan sendiri, yang kita tidak tahu. Jadi, hentikan membandingkan taraf ini, kerana kita semua tarafnya diukur bukan dari segi harta benda duniawi di sisi Allah S.W.T.
Syawal Pak Leman - Iklan Raya 2015 Dari Mydin

#SyawalPakLeman - Iklan Raya 2015 Dari Mydin

Kisah #SyawalPakLeman dalam iklan Raya 2015 daripada Mydin ini sesuatu yang boleh diambil iktibar. Walaupun video ini hanya berdurasi 3:48 minit tetapi apa yang disampaikan dalam iklan ini adalah kenyataan dan realiti yang ada dalam masyarakat kita. Mungkin tidak semua, tetapi ia tetap ada.

Hargai setiap insan yang ada di sekeliling kita. Kita mungkin nampak mereka compang-camping, ada kekurangan upaya, tidak sempurna dan sebagainya, tetapi di sisi Allah S.W.T mereka mungkin lebih baik daripada kita.

Pengalaman Beli Barangan Raya di Mydin Parit Buntar

Alhamdulillah, tahun ini dapatlah saya dan keluarga merasai membeli-belah di pasaraya Mydin baru di Parit Buntar. Rasanya Aidilfitri 2015 merupakan ulangtahun pertama pasaraya Mydin Parit Buntar yang terletak di Kerian Mall.

Banyak juga barangan yang mampu beli di pasaraya Mydin di sebalik perlaksanaan GST mulai April 2015. Dan inilah pertama kali dalam hidup saya merasa pengalaman apabila ada Azan dan bacaan Al Quran dikumandangkan dalam sebuah pasaraya di Malaysia. Paling menarik, setiap kali azan atau masuk waktu sholat, para pengunjung diingatkan untuk mengerjakan sholat selain segala urusan di pasaraya itu dihentikan sehingga azan habis dialunkan.

Masya Allah .. saya kagum sungguh, malah rata-rata pelanggan beragama lain juga menghormati apa yang dilakukan oleh Mydin Parit Buntar.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement