Terima Kasih Menjayakan Ihya Ramadhan ASTI
Alhamdulillah, objektif program ini telah disempurnakan dengan jayanya.Antara objektif yang telah berjaya dilaksanakan menerusi program ini ialah:
- Penyerahan sumbangan duit raya dan bantuan persediaan Hari Raya Aidilfitri 2015 untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.
- Program pemantapan ilmu dan sahsiah diri murid-murid oleh penceramah-penceramah jemputan termasuklah Ustaz Mohammad Riduan, Puan Roselinda (Vogue Malaysia), dan Ustaz Mohd Zainudin (PU Yeop).
- Majlis berbuka puasa dan moreh.
- Perlaksanaan menggantikan karpet usang di Surau Al-Falah, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI).
Kepentingan Melibatkan Diri Dalam Program Sekolah-Masyarakat
Sangat penting untuk bekas-bekas pelajar melibatkan diri dalam program untuk memajukan sekolah kerana dewasa ini tugasan guru amatlah mencabar. Dengan adanya penglibatan seperti ini, setidak-tidaknya kita akan membantu para guru dan pendidik untuk memastikan anak-anak yang sedang belajar ini terus berusaha untuk mengecap kejayaan.Murid-murid perlukan sokongan, dan sokongan itu tidak semestinya hanya datang dari guru-guru dan ibubapa sahaja, tetapi mestilah daripada masyarakat agar mereka diberikan motivasi diri yang tinggi untuk menjadi insan yang cemerlang.
Mereka inilah yang bakal menerajui negara satu hari kelak, dan jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membantu, kita bakal berhadapan dengan masalah yang tidak boleh dibayangkan.
Semoga usaha kecil ini menerusi program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Terima kasih semua.
bagus program2 macam nie...
ReplyDeleteTahniah atas program yg sangat baik ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.