Terbaru iklan raya Aidilfitri 2015 daripada TM. Iklan yang memaparkan konsep memberi, di mana memperlihatkan bagaimana seorang pakcik tua yang kerjanya memungutkan bahan-bahan terbuang dengan senang hati menyerahkan kesemua wangnya untuk membantu seorang gadis bernama Azura yang awalnya sangat lokek nak belanja berbuka puasa kawan-kawannya.
Video Iklan Raya Aidilfitri 2015 Dari Telekom Malaysia
Tauladan yang sangat bagus dipaparkan menerusi video iklan raya Aidilfitri 2015 ini oleh TM. Walaupun begitu, saya berpendapat TVC kali ini dari TM agak hambar walaupun menampilkan seorang gadis yang sangat comel pada penglihatan saya .. huhuhu..Dan dek kerana kecomelan gadis tersebut, saya kongsikan kepada anda video iklan raya 2015 yang telah dikongsikan menerusi laman TM YouTube sejak 6 Julai 2015. Mungkin ada sesuatu yang lebih yang boleh anda dapat dari melihat apa yang telah saya lihat, in Sha Allah.
Jadi, macamana? Ada sebarang komen?
Mungkin boleh dibandingkan dengan iklan Raya Aidilfitri 2014 daripada TM yang lebih mengesankan berjudul Adik. TVC Raya 2014 daripada TM rasanya lebih syok dan lebih best ... ye tak?
Sekarang ni memang syiok layan iklan2 macam ni. Banyak nasihat dan pengajaran yang ditunjukkan dalamnya.
ReplyDeleteSaya tak jumpa lagi iklan raya... hahaha, udah jarang tengok tv sbb kejenyer asik masak aje kat umah pas balik ofis...
ReplyDeletealahai... seronok plak tgk video adik tu... yang 2015 tu, memang terkesan la pada yang kedek sangat.
ReplyDeleteHaha .. siapa kedekut .. beringat2lah ye untuk sedekah time bulan Ramadan ni .. huhu
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.