10 blog peribadi trafik terbaik di Malaysia menurut ranking Alexa. Kita dah pun jejak setengah penggal tahun 2015. Dalam waktu ini, ranking-ranking blog dan laman web banyak yang dah berubah sejak awal tahun. Blog-blog baru tumbuh bagai cendawan lepas hujan, apatah lagi kini sudah agak mudah nak jana income blog menerusi Adsense, apabila blog-blog berbahasa Melayu sudah boleh didaftarkan dengan Google Adsense.

Sekilas saya melihat kepada senarai-senarai blog yang berada di dalam 500 ranking terbaik Malaysia di Alexa, saya tidak dapat melihat satu pun blog peribadi berada di dalam carta. Banyak telah didominasi dengan blog dan laman web berita serta hiburan, antaranya The Vocket, Bukan Cincai, Suara.TV, Kuala Lumpur Post, OhBulan, Siakap Keli dan beberapa lagi. Semua laman web dan blog ini disediakan oleh lebih daripada seorang penulis dan penyedia konten, jadi saya anggap ia bukan tergolong dalam kategori blog peribadi.
10 Blog Peribadi Trafik Terbaik Malaysia Menurut Alexa

Jenuh juga saya belek satu persatu kedudukan rank di Alexa untuk blog-blog peribadi popular di Malaysia. Mungkin ada yang tidak tersenarai, namun andai ada yang tertinggal dan patut saya letakkan dalam list ini, mohon beritahu saya di ruangan komen Disqus di akhir entri ini. 

10 Blog Peribadi Trafik Terbaik di Malaysia Menurut Alexa

Berikut adalah 10 blog peribadi terbaik di Malaysia dengan ranking Alexa masing-masing (rank dunia, rank Malaysia).
  1. Paultan.org - Blog peribadi berkaitan dunia kereta. (5094, 34)
  2. Beautifulnara.com - Blog peribadi berkaitan dunia hiburan dan gossip (18225, 128)
  3. HasrulHassan.com - Blog peribadi berkaitan blogger Malaysia dan House Husband (77225, 511)
  4. BlogSerius.blogspot.com - Blog peribadi berkaitan perkara menarik di internet (129715, 1322)
  5. Denaihati.com - Blog peribadi berkaitan isu semasa dan Islam (183726, 1487)
  6. BenAshaari.com - Blog peribadi berkaitan kekeluargaan dan kehidupan blogger Mr. Mama (199540, 1445)
  7. TiffinBiru.com - Blog peribadi mengenai resepi dan masakan (22741, 1667)
  8. HoneyKoyuki.blogspot.com - Blog peribadi Fatin Liyana berkaitan kehidupan seorang doktor muda (273378, 2391) 
  9. Shakiddo.com - Blog peribadi berkaitan isu semasa, kekeluargaan, dan makan-makan (301021, 2828)
  10. Mialiana.com - Blog peribadi kekeluargaan (378373, 3541)
Ada cadangan? Boleh komen di bawah ini ... tak tahu cara nak komen? Baca entri ni - Cara Tinggalkan Komen Guna Sistem Disqus.

Oh ya, mungkin ada yang ingat saya dah tukar platform menulis blog, hoho .. sebenarnya blog ini masih lagi menggunakan platform blogger.com/blogspot.com yang percuma; jangan keliru dengan penampilan blog ini .. kerana ia masih lagi dalam kategori blog cikai yang tak mampu lagi guna hosting sendiri .. hehehe... 


p.s: Kedudukan trafik Alexa bagi blog peribadi Malaysia yang disertakan adalah benar pada masa dan tarikh blog post ini ditulis, ia mungkin berbeza dan berubah mengikut masa.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement