Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana nak promosi produk affiliate di blog? Persoalan ini ditanya apabila saya kongsikan mengenai income menerusi komisen yang saya terima hasil daripada mempromosikan produk affiliate. Sebenarnya, saya sudahpun berikan beberapa tips untuk mempromosikan produk affiliate khasnya untuk blogger baru yang baru sahaja mendaftar samada di Ashade.com, Klikjer.com mahupun di beberapa platform affiliate yang lain.

Dah daftar berbulan-bulan, tetapi tidak tahu cara nak dapatkan komisen daripada platform affliliate - sebenarnya masalah ini bukan setakat blogger baru je yang hadap, saya sendiri ketika mula-mula join affiliate sekitar tahun 2008 pun begitu juga. 3-4 tahun juga saya mencari ilmu dan pengetahuan bagaimana nak promosikan produk affiliate, dan peroleh komisen pertama menerusinya.
Bagaimana Nak Promosi Produk Affiliate?

Bagaimana Nak Promosi Produk Affiliate?

Mungkin ada yang tidak tahu, saya telah membelanjakan ratusan ringgit untuk beli ebook dan beberapa panduan online termasuklah panduan dalam bentuk video untuk belajar mengenai affiliate ini. Bukan mudah nak dapatkan komisen affiliate pertama anda jika tak ada ilmu dan pelajari mengenai teknik dan taktik digunakan. Serius nak buat duit dengan affiliate? Maka saya syorkan anda dapatkan panduan, ebook dan ilmu mengenainya. Anggap ia sebagai pelaburan jangkamasa panjang.

Ok. Tak berapa nak ada modal?

Memandangkan ramai yang dah bertanya, jadi saya kongsikan sedikit tips dan cara bagaimana nak promosikan produk affiliate di blog terutama blogspot. Sedikit je, dan secara am ... tak pe kan?

Promosikan Menggunakan Link Disediakan

Menggunakan link yang diberikan dalam dashboard Ashadee, anda boleh letakkan samada dalam sidebar blogspot menerusi widget Link List, atau anda boleh promosikan dalam bentuk sebuah entri. Contoh boleh rujuk seperti ini - Jana Income 4 Angka Menerusi Instagram

Tak tahu cari produk affiliate di Ashadee? Cuba lihat imej di bawah ini. Login ke akaun Ashadee anda, klik pada bahagian Offers, pilih mana-mana produk yang ada, klik butang View Offer.
Bagaimana Nak Promosi Produk Affiliate?

Promosikan Menggunakan Kod HTML Banner Disediakan

Selalunya apabila nak mempromosikan produk affiliate, banner akan disediakan. Banner ini sepertimana juga dengan link khas affiliate, anda boleh masukkan samada menerusi widget HTML/Javascript di dashboard blogspot add widget. Anda juga boleh letakkan kod banner ini dalam blog post anda (gunakan editor HTML).

Jika dalam Ashadee, anda boleh lihat link dan kod HTML banner selepas anda klik View Offer seperti ditunjukkan di bawah ini. Klik banner yang mana anda inginkan, nanti akan keluar pop-up HTML banner berkenaan.
Bagaimana Nak Promosi Produk Affiliate?
Ini merupakan dua cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate. Ada beberapa lagi cara lain yang lebih menarik untuk anda cuba, semua itu ada diceritakan dalam sebuah ebook yang ditulis oleh seorang sifu affiliate Malaysia iaitu Encik Titan. Teknik yang digunakan boleh dikatakan secara halus, dan in Sha Allah, jika anda ikuti dengan betul, anda akan peroleh komisen pertama affiliate anda.

Teringin nak tahu teknik yang digunakan? Baca - Kitab SEO Merah Jambu

Seandainya anda mendaftar program affiliate menerusi Klikjer.com pula, saya syorkan anda baca ebook ini - Bagaimana Seorang Blogger Biasa Jana Lebih 100 Komisen Dari Klikjer

Orait. Faham ke tak ni bagaimana nak promosi produk affiliate di blog?

Errr masih tak faham lagi? Masih blur? Cuba tonton video di bawah ini, semua blogger boleh tonton, tak kira guna blogspot atau wordpress ... perincian diberikan. Ia telah disediakan oleh seorang blogger yang juga internet marketer yang turut menyediakan panduan khas untuk newbie berkaitan affiliate - Panduan Asas Affiliate Untuk Newbie

Video ini bukan sekadar tunjuk cara nak promosikan produk affiliate, tetapi juga tunjukkan cara nak letakkan banner iklan dalam blog.

Semoga dimanfaatkan.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement