Alhamdulillah. Akhirnya blog ini telah berjaya capai 14 juta pageviews menurut statistik blogger.com (blogspot). Ini satu pencapaian yang sememangnya setiap blogger mahukan, apatah lagi buat diri saya. Bukan mudah nak capai angka sebegini. Rasanya baru sahaja saya kongsikan entri blog - 12 Juta Pageviews pada Mei 2015. Dan dalam masa 3 bulan, 2 juta pageviews telah berjaya dicapai oleh blog ini.

Naik turun angka adalah menjadi adat dalam dunia blog Malaysia. Ada yang anggap angka itu tidak bermakna apa-apa, tapi bagi sesetengah blogger ia penting sebagai tanda aras pencapaian blog. Saya sendiri menggunakan magis angka ini sebagai sebab untuk terus menerus menulis di dalam blog.

Blog Capai 14 Juta Pageviews

Dan magiknya nombor itu bila ditulis dan dikongsi, ia akan menarik minat orang lain. Percayalah, mungkin ada yang cebik bibir lihat angka yang dipaparkan, tetapi ada juga yang buka mata merasa kagum dengan apa yang dipaparkan.

Jika ada apa-apa angka yang perlu dikongsikan berkaitan blog, jangan segan untuk tunjuk di blog anda. Ada magis yang dibawa bila angka satu menjadi seratus dalam masa sehari.

Saya pernah beritahu mengenainya secara am di entri ini - Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog

Agak malang sekali, template blogspot yang saya gunakan ini tidak boleh meletakkan widget pageviews di sidebar. Kalau tidak tentu saya akan lebih teruja melihat ia berkedip-kedip setiap masa. Saya pernah suarakan hasrat dan impian itu satu masa dahulu, ketika saya melihat rakan blogger seperti Ben Ashaari, Redmummy, Lyssa Faizureen, Che Mat Gebu yang nilai angka pageviews blog sentiasa berkedip setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Sumber Trafik Blog 


Itulah yang cuba saya capai, dan saya usahakan sehingga berjaya. Alhamdulillah, Allah S.W.T berikan jalan dan makbulkan impian saya itu.

Anda juga boleh berimpian seperti saya, melihat angka pageviews capai juta-jutaan dan melihat angka di widget pageviews berkedip setiap masa. Apa yang diperlukan adalah usaha dan ilmu ke arah mencapainya. Magisnya ia sampai ia menyemarakkan semangat untuk terus menulis artikel dan entri terbaru setiap masa.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger baik blogger baru mahupun lama yang telah memberikan sokongan dan dorongan untuk saya sebagai penulis blog ... in Sha Allah, mudah-mudahan ada kebaikan yang anda perolehi daripada perkongsian dan penulisan saya.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement