Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mungkin nanti, satu hari ... blogger akan dianggap sebagai salah satu daripada kerjaya di Malaysia.
Contoh Rate Card Pengiklanan Untuk Blogger Malaysia
Dengan perkembangan yan sangat baik ini, maka ramailah blogger yang bertanyakan kepada saya bagaimana nak sediakan advertising rate card khas untuk blogger. Advertising rate card ialah salah satu cara untuk anda sebagai blogger menyatakan kadar bayaran yang perlu untuk pengiklanan di blog.Untuk info, blogger Malaysia kena sediakan dua jenis rate card ini, iaitu untuk pengiklanan berbentuk banner imej (samada dalam bentuk jpg, png mahupun gif) yang diletakkan samada di atas blog, dalam blog post mahupun di bahagian sidebar blog. Untuk pengikalan kedua, ia lebih kepada penulisan sebuah blog post atau dikenali sebagai advertorial atau review post. Ia juga dikenali sebagai paid post (artikel berbayar).
Cara Buat Rate Card Pengiklanan Blog Sendiri
Untuk membuat rate card pengiklanan ini, cara paling mudah ialah dengan menggunakan Words atau Excel. Saya tunjukkan satu contoh yang saya buat menggunakan Excel seperti di bawah ini. Harga yang ditunjukkan adalah sekadar contoh sahaja ye .. :)Simple je. Tak payah nak letak ayat-ayat tunggang-terbalik, cukup anda letakkan apa yang pengiklan mahukan.
Boleh lihat beberapa contoh lagi rate card pengiklanan di bawah ini yang boleh dijadikan panduan.
Semoga perkongsian ini dimanfaatkan.