Jamuan raya kedai Pak Mat Kerang di Parit Buntar. Gambar dah ambik, tapi saya pula tetiba sibuk dengan projek blog lain. Saya memang nak cerita mengenai jamuan raya Pak Mat Kerang ni. Tak ada yang istimewanya pun, tetapi ... ok .. anda kena baca artikel ini sehingga tamat.

Kedai Pak Mat Kerang dah lama bertapak di Parit Buntar. Sejak saya zaman bujang, dan sekarang dah beranak pinak, Pak Mat Kerang masih wujud .. cuma lokasi sahaja yang berubah. Kedai Pak Mat, kedai biasa-biasa sahaja .. bukan restoran besar yang ada lampu liplap, penyaman udara apa bagai.

Lokasi kedai ini tidaklah begitu menarik, berada di tepian longkang besar yang kadangkala membawa bau yang kurang enak pada hidung mancung saya. Sebelahnya pula adalah pasar lama Parit Buntar. Jadi, pemandangan di kedai Pak Mat tidaklah begitu indah.

Pak Mat mula dikenali sebagai Pak Mat Kerang, apabila menjadi antara peniaga warung pertama yang perkenalkan snek popular bulan Ramadhan di Parit Buntar, iaitu Kerang Rebus. Saya boleh katakan yang kedai Pak Mat Kerang memang lejen lah di kawasan kejiranan pekan kecil Parit Buntar ni. Ramai yang kenal siapa Pak Mat, apatah lagi Pak Mat ada anak-anak perempuan yang lawa-lawa dan cantik (sekarang dah kahwin).

Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar

Baru-baru ini, Pak Mat buat jamuan Raya 2015. Ramai yang hadir - pastilah sebab makan percuma. Saya juga hadir sebab dah dijemput dua tiga kali oleh Pak Mat bila saya berserapan pagi di situ.

Dan sementelaah layan makan-makan percuma tu, sempat juga sembang dengan beberapa pelanggan yang datang. Semua akui Pak Mat seorang yang peramah dan mesra. Bukan setakat pelanggan Melayu sahaja yang makan kedai Pak Mat, bangsa lain pun ada.
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Pelanggan yang datang dengan anak-anak pula, akan dapat duit raya dari Pak Mat. Tak berkira, Pak Mat memang seorang yang pemurah.

Setiap tahun, setiap kali selepas Ramadhan, Pak Mat akan buat jamuan raya. Dijemputnya satu warga Parit Buntar, dari kerja pejabat sampailah yang kerja kilang tisu Premier. Dari apek cina berseluar pendek yang lalu naik basikal sampailah kepada Singh yang singgah nak beli sayur kat kedai sebelah.

Pak Mat hidangkan macam-macam, dari awal pagi sehingga tengahari, macam-macam menu disediakan untuk mereka yang datang ke jamuan raya Pak Mat. Ada mee kari, ada laksa, ada nasi, ada bihun .. uhh malah minuman pun macam-macam jenis termasuklah teh tarik istimewa (Sebab kena tuang sendiri dan tarik sendiri).

Resepi dan Rahsia Bisnes Kedai Pak Mat Kerang

Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Bagi saya, inilah resepi kejayaan kedai Pak Mat Kerang. Walaupun setiap kali Ramadhan, Parit Buntar akan penuh dengan warung dan kedai jamu menu hidangan Kerang Rebus, Kerang Bakar, Siput Bakar dan macam-macam lagi, namun kedai Pak Mat Kerang tetap menjadi pilihan utama.

[Info] Dapatkan tips terbaik untuk murah rezeki di sini - Rahsia Rezeki

Begitu juga di luar bulan Ramadhan, kedai Pak Mat yang hidangkan Nasi Lemak, Bihun Goreng, Nasi Goreng dan Roti Canai sentiasa ramai orang.

Sifat Pak Mat yang mudah mesra, suka menegur orang, dan suka bersedekah adalah kunci kenapa Allah S.W.T kurniakan rezeki yang baik buat Pak Mat sekeluarga.
Jamuan Raya Pak Mat Kerang Parit Buntar
Pak Mat dalam bulatan

Sedekah, ia membuka seribu sumber rezeki, takkan jadi papa mereka yang keluarkan belanja untuk bersedekah. Jika anda mahu rezeki mudah masuk setiap hari, maka perbuatlah amalan sedekah ini setiap hari. In Sha Allah, kehidupan akan diberkati.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement