Penerimaan kad raya menerusi pos ini memang nostalgia. Dan ia buktikan bahawa kad raya masih tidak 'hilang'. Ia masih lagi relevan, masih lagi ada kesan kepada jiwa dan raga. Ia kini lebih istimewa apabila bersaing dengan teknologi yang telah memainkan peranan sebagai saluran alternatif menghantar ucapan Selamat Hari Raya.
Kad Raya 2015 Dari Blogger-Bloger Cantik dan Blogger Kacak
Saya sangat menghargai kad-kad ucapan Raya 2015 yang telah dihantar oleh rakan-rakan blogger cantik dan blogger kacak ini, huhuhuhu .. terus rasa sedih dan teringatkan video kisah Kad Raya Syafiqa. Agak mendukacitakan, saya sendiri tidak dapat menyemarakkan pemberian kad raya tahun ini, apatah lagi untuk emak tersayang yang berada nun jauh di ibukota, dan juga sanak saudara yang lain.Mungkin Raya akan datang, saya berkesempatan untuk melakukannya. In Sha Allah.
- Blogger Cantik Shida Radzuan - Dunia Sebenar Shida
- Blogger Pasangan Bahagia Azhafizah - Blog Sihatimerahjambu
- Blogger Pahang Yang Tinggi Lampai dan Cun - Ina Ainaa
- Blogger Travel yang Kacak Bergaya Husein Rider - Husein Rider
- Blogger Manis Rupawan Dengan Tahi Lalat Menawan Zaza Zehra - Zaza Zehra
Huhuhu .. sikit je kad raya saya dapat, al maklumlah bukan seorang blogger yang terkenal pun, tapi alhamdulillah, walaupun dapat hanya 5 keping kad raya tahun ni, ia sudah cukup untuk membuatkan saya gembira.
Serius. Saya akan ingat lima orang blogger ini untuk jangkamasa yang cukup lama, in Sha Allah ... :)