Tips buat duit online menerusi affiliate. Ramai yang email saya bertanyakan perkara ini. Walaupun saya sudah berulang kali beritahu dan berikan tips di dalam blog ini, namun masih ada rakan blogger yang kebingungan. Nak tak nak, saya terpaksa bermula dari awal, dan oleh itu, saya wujudkan blog khas di Rujukan Blogger sebagai cara saya untuk menulis semula dan menjawab pelbagai soalan tentang nak buat duit online terutamanya menerusi blog.

Alhamdulillah, saya dapati ramai yang telah memanfaatkan blog utama saya ini untuk mencari jalan dan kaedah untuk menjana pendapatan secara online. Saya dapati ramai pembaca setia blog ini yang telahpun berjaya mendapat RM1 pertama secara online. Jadi, secara teorinya, buat duit online memang mudah tetapi ia bukan semudah untuk mereka yang nak kejar kekayaan.
Tips Buat Duit Online Menerusi Affiliate

Tips Buat Duit Online Menerusi Affiliate

Salah satu cara buat duit online ialah menerusi affiliate. Affiliate membayar anda dalam bentuk komisen hasil penjualan produk.

Perniagaan Tanpa Modal

Affiliate diibaratkan sebagai satu perniagaan, cumanya anda tidak memerlukan modal untuk cipta produk, tidak perlu modal untuk program pemasaran, tidak perlu simpan barang, tidak perlu kedai, tidak perlu uruskan pembelian dan banyak lagi kelebihan yang ada dalam program affiliate. Paling seronok, berniaga produk affiliate tidak memerlukan anda keluar dari rumah, dan ia merupakan salah satu cara jana pendapatan dari rumah. Makanya, memang sesuailah untuk saya sebagai house husband.
Tips Buat Duit Online Menerusi Affiliate
Tips Buat Duit Online Menerusi Affiliate
Dan... lupa nak beritahu, saya suka mempromosi produk affiliate kerana mendaftar sebagai ahli affiliate adalah percuma!

3 Tips Penting Buat Duit Dengan Affiliate Malaysia

Ok, bab yang ditunggu iaitu tips buat duit online menerusi affiliate.

Saya berikan 3 sahaja. Cukup. Buat dulu 3 perkara ini, dan cubalah dapatkan income pertama anda menerusi affiliate. Kata ramai apabila dah mula dengan satu komisen atau income dari affiliate, maka perjalanan untuk dapatkan lebih komisen akan jadi lebih mudah.

Tips Pertama

Pilih platform affiliate atau produk affiliate yang membayar mengikut jadual atau masa yang ditetapkan. Bagaimana nak tahu? Amnya anda boleh rujuk dengan mana-mana internet marketer yang juga mempromosikan produk yang sama. Jangan terburu-buru untuk terus mempromosikan satu-satu produk affiliate itu tanpa mengetahui samada ia mempunyai reputasi yang baik.

Tips Kedua

Pilih produk yang boleh menjual bukan dijual. Produk yang menjual ialah produk yang sentiasa mendapat permintaan. Anda boleh rujuk dengan mana-mana platform affiliate yang selalunya akan paparkan produk-produk yang terlaris.

Tips Ketiga

Pilih hanya satu produk affiliate dan jadilah orang yang benar-benar tahu mengenai produk tersebut. Dengan demikian, anda boleh tahu kebaikan, kelebihan serta kekurangan produk tersebut. Anda boleh bercerita dari A hingga Z, yang akan meningkatkan keyakinan bakal pembeli produk tersebut. Promosi produk tersebut sehingga anda mendapat komisen atau income pertama anda.

Tips Bonus

Dah dapat? Dan satu lagi tips bonus untuk mereka yang nak buat duit menerusi affiliate. Adalah lebih baik, untuk anda mendapatkan produk affiliate itu terlebih dahulu supaya anda dapat menjayakan tips ketiga yang saya berikan.
Tips Buat Duit Online Menerusi Affiliate
Untuk platform affiliate, saya syorkan 3 platform affiliate di Malaysia berikut:
  1. Infokerjaya - Klik pautan ini untuk daftar percuma.
  2. Ashadee - Klik pautan ini untuk daftar percuma.
  3. Klikjer - Baca info mengenai cara daftar Klikjer.com.
Jika nak belajar lebih lagi mengenai affiliate, saya syorkan anda mendapatkan panduan ini - Panduan Affiliate Untuk Newbie.

Selamat berjaya.



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement