Kalau anda memilih untuk bercuti hujung minggu (holiday breakaway) dengan mencari destinasi bajet, saya syorkan anda untuk pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman, yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Tempat ni memang bagus untuk kunjungan famili. Apatah lagi ia berkaitan kehidupan marin di Malaysia, yang anda boleh tengok tanpa pakai baju mandi atau gunakan tangki oksigen untuk menyelam ...hoho.

Akuarium Tunku Abdul Rahman, baru sahaja selesai diubahsuai sekitar September 2014. Saya fikir dekat setahun lebih juga pengubahsuai dilakukan ke atas tempat ini. Dan selama setahun lebih jugalah saya dan famili tak berkunjung ke akuarium ini.

Destinasi Bajet Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang

Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Dan alhamdulillah, rezeki Allah S.W.T; dapat juga bawa anak-anak ke Akuarium Tunku Abdul Rahman yang sudah serba baharu, dengan lebih banyak spesies ikan dan hidupan laut. Saya difahamkan terdapat 100 spesies ikan komersil dipamerkan di sini, dengan 27 tangki khas untuk ikan air tawar atau hiasan.

Sejarah Akuarium Tunku Abdul Rahman FRI Batu Maung

Ikut sejarahnya, dulu Akuarium Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Akuatorium Malaysia Pulau Pinang dan ia mula beroperasi pada Jun 1996. Ia sebenarnya menggantikan Akuarium Tunku Abdul Rahman, di Jalan Akuarium, di Gelugor, Pulau Pinang yang amat terkenal suatu ketika dulu di rantau Asia. Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, akuarium milik Fisheries Research Institute (FRI) telah dirasmikan pada tahun 1968 oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.

Sebenarnya tak ramai pun tahu akan kewujudan Akuarium Tunku Abdul Rahman ini yang terletak di Batu Maung. Mungkin tak banyak promosi dilakukan sehingga ada pelancong terlepas pandang akan destinasi bajet di Penang ini.
Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang

Dapat Tahu Sebab Kerja

Saya dapat tahu pun sebab pernah melakukan kajian khas di sekitar kawasan Batu Maung. Buat pembaca setia blog ini, tentu sedar bahawa saya adalah bekas penyelidik di USM satu ketika dahulu, dan salah satu lokasi yang saya kaji adalah jajaran jalanraya sekitar Batu Maung, yang semakin pesat membangun.

Info Penting Mengenai Akuarium Tunku Abdul Rahman

Ok. Untuk melawat atau berkunjung ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ini, info di bawah perlu anda tahu.
  • Harga tiket masuk - RM5 Dewasa, RM2 Kanak-Kanak, Warga Emas dan OKU adalah percuma.
  • Harga tiket masuk untuk kumpulan pelajar sekolah - RM1.50
  • Dibuka dari Khamis sehingga Selasa dari jam 10 pagi - 5 petang
  • Jumaat dibuka mulai 10 pagi hingga 12.15 dan dibuka semula pada jam 3 petang sehingga 5 petang
  • Akuarium ditutup pada hari rabu.
Hanya 10 minit sahaja menerusi Jambatan Kedua Pulau Pinang dari tol Batu Kawan, dan 20 minit dari Jambatan Pulau Pinang.
Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang

Murahnya Harga Tiket!

Murah tak harga tiket masuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ni? Aha .. kalau ada kelapangan, terutama mereka yang tinggal sekitar Parit Buntar, Taiping, Alor Setar, Bukit Mertajam ... memang boleh sangat untuk pergi ke sini. Ada banyak haiwan marin yang boleh anda lihat, sangat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.

Layan beberapa gambar yang saya kongsikan ... dan tarikan paling menarik ialah ikan-ikan saiz gergasi yang ada di sebuah tangki besar dalam auditorium akuarium ini, selain rangka ikan terbesar Malaysia yang heboh diperkatakan satu ketika dahulu.
Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Destinasi Bajet - Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Clown Fish
Eel
Bukan setakat ikan, anda juga akan nampak pertumbuhan batu karang yang pelbagai yang sebenarnya terdapat di sekitar perairan negara, selain rumpai laut dan juga spesies hidupan lain seperti Gamat.

Malah, di akuarium ini terdapat juga tangki sentuhan di mana anda boleh menyentuh ikan-ikan yang ada dipamerkan. Serius seronok melihat anak-anak gembira keriangan dapat sentuh ikan-ikan kecil yang comel.
Coral
Sea Horse
Tangki besar ada ikan bersaiz mega, antaranya Kerapu Kertang, Pari, Giant Traveller, dan juga ikan Yu atau Jerung. Tangki ni terletak di auditorium yang terletak di kawasan akhir akuarium ini sebelum ke kawasan luar yang menempatkan rangka ikan prasejarah yang ditemui di Malaysia dan juga kolam Penyu.
Tangki Ikan Gergasi
Tangki Ikan Gergasi
Rangka Ikan Prasejarah yang ditemui di Malaysia
Fuh.. dah banyak gambar saya kongsikan, saya harap ia akan dapat menarik rasa ingin tahu anda untuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ini.

Oh ya, lupa nak beritahu mengenai kemudahan yang ada di sini.
  • Surau lelaki dan surau perempuan
  • Pondok kecil
  • Kedai cenderamata
  • Kedai makan
Bagi saya, ini adalah antara destinasi bajet yang menjadi pilihan di Penang, dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement