Salah satu lokasi atau tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bukit Fraser ialah Allan's Water. Tempat ini antara menjadi tarikan buat pengunjung yang datang ke Bukit Fraser. Ia bukan sahaja lokasi untuk kunjungan dan riadah, tetapi ada sejarah tersendiri yang dimilikinya.

Allan's Water - Tasik Rekreasi di Bukit Fraser

Allan's Water? Saya ingatkan tempat macam perigi ke atau air terjun, rupanya ia merupakan sebuah tasik kecik yang terletak di sudut sebelum Jelai Highland Resort di Jalan Ampang Road, Bukit Fraser. Tasik kecil ini asalnya merupakan tempat simpanan air untuk bekalan penduduk setempat semasa era penjajahan British. Kini, Allan's Water dijadikan sebagai lokasi untuk aktiviti rekreasi dan riadah. Aktiviti utama yang boleh dibuat di sini ialah mendayung bot dan memberi makan ikan di tasik.
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser

Sejarah Allan's Water

Nama Allan's Water adalah nama diberikan sempena nama seorang warga British, FH Allan yang menjadi pembantu kepada ketua jurutera infrastruktur FW Mager. FH Allan adalah orang yang bertanggungjawab sebagai arkitek projek tasik ini.

Peninggalan pendudukan British boleh anda lihat di Allan's Water. Ada beberapa berek usang yang masih ada (ketika saya datang) dengan senibina lama kolonial.

Suasana di Allan's Water memang mendamaikan. Jika selepas hujan di waktu pagi, tempat ini memang dingin. Kabus memenuhi hampir setiap kawasan yang ada.
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Di sini, anda boleh mendayung dengan dikenakan sedikit bayaran. Kalau tidak silap, caj dikenakan untuk sewa bot dua pendayung kaki adalah RM6 selama sejam. Ada denai kecil yang menyusuri tasik ini, selain gazebo untuk beristirehat.
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Tasik ini banyak ikan. Serius memang banyak ... dan paling menarik ialah ikan-ikan di tasik ini tidak takut pada pengunjung. Jika berani, anda boleh sentuh ikan-ikan ini di gigi air. Ada pelbagai jenis ikan air tawar di dalam tasik Allan's Water ini termasuklah Jelawat, Kap, Keli, Sebarau, Patin termasuklah spesies ikan terancam dan mahal iaitu ikan Kelah.
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Anda dibenarkan untuk memberi makan ikan-ikan ini. Ada disediakan palet makanan ikan, dijual dengan harga RM1 sepeket. Kalau nak melihat anak-anak seronok, bolehlah belikan sepeket dua dan biarkan anak-anak bermain dengan ikan di tasik ini. Tapi awas, anda kena sentiasa perhatikan anak-anak anda, takut nanti terjatuh ke dalam tasik!

Oh ya, anda dilarang sama sekali memancing. Jika nak memancing di tasik ini, perlu mendapatkan kebenaran khas...hoho.
Allan's Water - Tasik Rekreasi Bukit Fraser
Jadi, seandainya anda ke Bukit Fraser, pastikan anda pergi ke Allan's Water ini. Dan berdekatan dengan tempat ini ada Taman Flora Bukit Fraser.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement