Jika anda sudah baca post sebelum ini mengenai Taman Rama-Rama Cameron Highlands, tentu sedar bahawa saya ada mengatakan bahawa taman ini bukan sekadar ada rama-rama, malah anda bakal temui banyak serangga dan haiwan lain.

Pada awal-awal dulu, memang saya sendiri tertanya, apa ada dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini? Apa yang syoknya? Apa bestnya? Apa yang seronok sangat sampai pelancong asing akan masuk ke Butterfly Farm Cameron Highlands?

Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?

Di taman ini, bukan hanya ada rama-rama cantik tetapi juga ada haiwan dan serangga lain. Bukan serangga-serangga mahupun haiwan biasa, tetapi saya boleh katakan, ada di antaranya merupakan haiwan kategori eksotik. Ada di antaranya sukar untuk ditemui walaupun berada di habitatnya. Itulah antara sebab kenapa dan mengapa saya suka bawa anak-anak masuk ke Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini - dapat melihat sesuatu yang sukar untuk kita temui di hari-hari biasa.

Cuba lihat serangga di bawah ini, mulanya saya ingatkan hanya ada satu serangga .. tetapi ada dua serangga yang ditangkap secara tak sengaja!
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Lebih dikenali sebagai Butterfly Farm Cameron Highlands, ia merupakan antara tempat menarik mesti pergi di Cameron Highlands. Lagipun bayaran masuk murah, hanya RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. In Sha Allah, ia pasti berbaloi buat diri anda, paling tidak ... ia akan berikan satu pengalaman dan pengetahuan baru buat anak-anak. Apatah lagi zaman sekarang, dah semakin sukar nak temui haiwan-haiwan ini secara bebas lepas.

Cuba lihat gambar di bawah ini, agak-agak apa yang boleh anda temui?
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Di Butterfly Farm Cameron Highlands, bukan sekadar ada rama-rama yang cantik yang terbang bebas di kawasan tertutup dipenuhi bunga-bunga cantik menawan, tetapi juga serangga dan haiwan yang sukar ditemui. Antaranya:

  • Belalang Daun
  • Belalang Ranting
  • Kintel atau Bull Frog
  • Black Scorpion
  • Tarantula (spesies luar negara)
  • Kumbang Tanduk (biasa je temui)
  • Serta pelbagai spesies ular termasuklah yang berbisa
Kumbang Tanduk
Labah Labah
Black Scorpion
Incredible Mantis

Telatah Chipsmunk Butterfly Farm Cameron Highlands

Terdapat juga haiwan rodensia yang comel di Butterfly Farm Cameron Highlands ini .... huhu.. ada Chipsmunk. Serius seronok melihat kelatah Chipsmunk ini. Kalau anda dah baca entri sebelum ini mengenai Taman Rama-Rama Cameron Highlands, saya dah berikan tips untuk datang sini - iaitu datang pada waktu jam lebih 10 pagi ... sebab ketika ini, haiwan seperti Chipsmunk ni aktif mencari makan.
Chipsmunk
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Adorable Chipsmunk Cameron Highlands
Anak-anak pasti suka tengok aksi Chipsmunk ini. Dah la comel ... uhhh ..

Saya kongsikan beberapa lagi gambar menarik apa yang ada dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini. Mana tahu, esok lusa nak merasai sendiri pengalaman berada di dalam mini zoo ni ... terutama sekali dalam cuti sekolah.
Bull Frog
Bull Frog
Bull Frog
Tarantulla
Centipede
Ulat Gonggok Gergasi
Ulat Gonggok pada gambar di atas mungkin biasa, tapi percayalah .. bila anda masuk ke taman ini, ia bukan sesuatu yang biasa anda lihat ... saiznya ... perghhh ... uhh memang tak beranilah nak pegang sesuka hati.

Cuba lihat pula spesies katak di bawah ini. Saya pasti ramai yang belum pernah lihat katak seperti ini. Unik bukan? Ia bukan seperti katak biasa yang kita selalu lihat. Bentuknya pun dah pelik, ye tak? Juga terdapat beberapa spesies ular termasuklah dari jenis yang berbisa dipamerkan di sini.
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Rare Species Frog
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Apa Ada Dalam Taman Rama-Rama Cameron Highlands?
Ok. Banyak dah gambar saya kongsikan. Untuk lebih banyak gambar, cubalah intai-intai di post berkaitan Wordless Wednesday. Boleh juga ikuti laman instagram saya di sini - http://www.instagram.com/hasrulhassan

In Sha Allah, banyak gambar menarik mengenai percutian, resepi dan kehidupan saya sebagai seorang blogger dan house husband yang bekerja dari rumah dikongsikan di situ.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement