Saya telah beli portable hard disk Lenovo F309 1TB USB 3.0 ini dengan harga RM179.00 termasuk GST, harga terkini saya lihat di Lazada ketika ini ialah RM299, dengan diskaun diberikan menjadikan harga ditawarkan ialah RM225. Fuh .. masih lagi murah semasa saya beli.
Beli Lenovo F309 1TB USB 3.0 - RM179

Produk sampai dalam masa 3 hari selepas saya beli. Produk terbungkus rapi dan dihantar menerusi Nationwide Express.

Tips Shopping Online Lazada
Jika nak shopping di Lazada, selalunya saya akan lihat pada harga, pada tawaran diskaun, pada review yang diberikan, dan paling penting siapakah yang akan deliver produk tersebut ... atau dengan kata lain, siapakah seller produk. Saya cuma akan pilih seller Lazada sahaja. Belum lagi order barang dari luar negara, dan belum lagi order barang selalu daripada seller Lazada.
Paling manis bila beli barang guna COD, wakil penghantaran TAQBIN ialah merupakan sahabat lama, dan merupakan rakan saya yang minat mengenai blog. Selepas pertemuan tersebut, dia datang jumpa saya untuk tuntut ilmu mengenai blog dan cara buat duit online...huhu...
Tak sangka sungguh!