Dilemma serta Tips membeli komputer peribadi. Baru-baru ini, saya ada bercerita mengenai masalah komputer peribadi (PC) saya yang berbunyi bising, alhamdulillah, setelah melakukan pembersihan, PC saya sudah ok. Cumanya ... dalam hati masih lagi tersimpan niat untuk mendapatkan sebuah PC baru, atau paling tidak mendapatkan sebuah laptop untuk membolehkan saya menyelesaikan kerja-kerja sebagai seorang penulis blog dan juga seorang house husband.

Uhh dalam dilemma sebenarnya. Kalau ikutkan PC saya masih lagi dalam keadaan baik, cuma kadangkala bila berlaku masalah ... terencat dan terganggu jugalah kerja-kerja saya yang perlu dilakukan dengan menggunakan komputer. Dilemma, samada nak terus guna PC yang telah berkhidmat lama, atau tukar dan beli sebuah PC baru atau dapatkan sebuah laptop sendiri.

Dilemma Untuk Membeli Komputer Peribadi

Bukan apa, kadangkala bila saya sedang leka membuat kerja, PC akan kerap tersekat atau 'hang'. Benda sebegini kerap berlaku bila saya melakukan kerja multi-tasking seperti edit template blog, edit gambar di Photoshop, buka email, buka laman sosial serta mendengar lagu. Bila terjadi, terpaksalah tenung benda berpusing-pusing di skrin tu .. selama beberapa minit sebelum semuanya smooth semula. Tension oooo, lebih-lebih lagi jika ada kerja melibatkan advertorial dan review yang perlu segera dibuat.
Tips Membeli Komputer Peribadi
Saya akui, saya merupakan pengguna tegar PC. Saya jarang menggunakan komputer riba (laptop); walaupun hakikatnya saya tak ada pun laptop .. hahahaha. Saya hanya akan gunakan laptop jika benar-benar terpaksa sahaja, itupun hak milik isteri. Tapi biasalah, tak berapa suka sangat nak gunakan hak milik orang lain hatta ia milik ahli keluarga.

Saya Tiada Laptop Sendiri

Err tak percaya saya tak ada laptop? Haha ... serius, saya buat kerja sebagai blogger sepenuh masa dengan PC, dan saya hanya buat kerja ini semasa di rumah. Saya kurang gemar bawa kerja apabila pergi bercuti atau melancong. Hanya jika benar-benar diperlukan sahaja .. barulah saya akan consider membawa laptop isteri .... uhh berat weihhh ... sakit bahu dok angkut .. lagi sesal kalau dah bawa susah payah tapi tak digunakan pun.

Baru-baru ini saya pun lakukan survey untuk membuat pertimbangan mendapatkan PC baru, bagi menggantikan PC saya yang sudah berusia lebih daripada 5 tahun. Untuk itu, saya nak kongsikan sedikit tips untuk membeli komputer peribadi sebagai panduan semua.

12 Tips Membeli Komputer Peribadi (PC)

Di kedai komputer, ada dua jenis PC iaitu PC Genuine Original Branded dengan PC Klon. Saya pernah gunakan kedua-dua jenis PC ini, dan secara jujurnya saya lebih gemar menggunakan PC Klon daripada PC Genuine Original Branded ini.

Tips Membeli Komputer Peribadi
Maka, tips berikut adalah berkaitan dengan tips membeli PC jenis klon.
  1. Lakukan survey harga dan spesifikasi di beberapa buah kedai PC, paling minima, dapatkan 2 quotation dari setiap kedai. 
  2. Dapatkan quotation atau sebut harga PC dari 3 buah kedai komputer berlainan (minima).
  3. Elakkan buat perbandingan dengan harga PC Genuine Original Branded.
  4. Dapatkan harga PC dari kedai yang juga boleh buat selenggaraan (services) PC. Elakkan beli dari kedai yang hanya menjual PC tetapi tiada after-sale support sendiri.
  5. Dapatkan juga quotation atau sebut harga bagi add-on perkakasan seperti RAM, kad grafik, skrin komputer dan sebagainya.
  6. Cuba dapatkan contoh PC itu dari segi fizikal dan bukan setakat gambar dari pamplet atau quotation.
  7. Tanyakan berkaitan software yang akan dimasukkan ke dalam PC terutama software yang anda mahu gunakan - samada original atau bukan. Tanyakan samada boleh atau tidak ia dimasukkan.
  8. Tanyakan mengenai after-sales servis yang disediakan.
  9. Tanyakan mengenai waranti. Selalunya PC klon akan ada limited warranty selama setahun. Namun, setiap perkakasan di dalam PC klon ada warranty sendiri. Jadi kena pastikan dengan betul samada PC klon anda itu tertakluk dan menerima warranty ini.
  10. Ketahui jenis-jenis peranti yang dipasang terutama sekali pemproses, kad grafik, hard disk dan sebagainya. Tak perlu ketahui detail, cukup untuk tahu brand apa, keupayaannya dan adakah ada warranty diberikan.
  11. Setelah membeli, buat ujian kerja ke atas PC anda. Buka semua perisian yang ada dan lihat samada ia telah didaftarkan.
  12. Jika anda membeli PC klon dengan perisian original, dapatkan nombor id, nombor pendaftaran yang didatangkan dengan perisian itu. Selalunya, kedai akan berikan kotak perkakasan dan perisian original beserta CD original setup - maklumat berkaitan produk akan ada di kotak atau CD disertakan.

Tips Bersandarkan Pengalaman Sebenar

Ok, rasanya cukup tips yang telah saya berikan ini untuk membeli komputer peribadi. Tips yang saya berikan ini adalah bersandarkan kepada pengalaman saya menguruskan pembelian komputer untuk pelajar-pelajar Masters dan PHD semasa bekerja sebagai penyelidik di USM Transkerian.

Tips di atas juga boleh diaplikasikan untuk beli sebuah komputer original branded, cumanya apabila beli branded, sukar untuk upgrade dan apabila hadapi masalah, kena deal dengan customer services mereka serta technician yang mereka telah tetapkan. Kalau hantar ke kedai biasa, mungkin warranty akan void atau tidak boleh dipakai.

[Ads] Cara Mudah Untuk Melajukan PC - Detective PC

Saya pernah hadapi laptop Sony rosak semasa kerja dengan USM, nak tak nak, laptop tu terpaksa dihantar ke Singapore untuk repair ... dan ia ambil masa berbulan-bulan walaupun ianya percuma. Tak ke haru biru kalau begitu?

Berbalik pada dilemma saya tadi, samada nak dapatkan sebuah PC baru atau kekalkan yang sedia ada ... alhamdulillah, setelah membuat perkiraan, saya fikir elok saya mencari sebuah laptop baru untuk menggantikan niat saya memiliki PC baru. Dari mempunyai dua buah PC yang boleh digunakan, adalah lebih baik saya mempunyai sebuah laptop baru yang boleh digunakan untuk kerja-kerja bila di luar daerah atau kerja lapangan.

Apa kata anda? Setujukah dengan saya?


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement