Muzium 3D Made in Penang. Pernah sampai ke muzium ini tak? Saya hari tu berkesempatanlah untuk datang pertama kali ke muzium ni yang terletak berdekatan dengan Terminal Feri Tun Raja Uda, Pulau Pinang. Tak jauh, anda boleh jalan kaki je dari terminal feri tu, cuma berpeluh sikitlah .. haha ... Saya nak kongsikan sedikit pengalaman serta info mengenai Muzium 3D Made in Penang ini.

Masa pertama kali saya sampai ke Muzium 3D Made in Penang ini, ia baru sahaja dirasmikan. So, dapatlah beberapa goodies daripada pihak Muzium 3D Made in Penang, serta beberapa info berkaitan muzium ini yang saya fikir elok dikongsikan kepada anda semua.

Muzium 3D Made in Penang

Muzium 3D Made in Penang
Ok. Ada beberapa fakta unik mengenai muzium ini.
  • Dilukis oleh pelukis tempatan iaitu berasal dari Penang
  • Koleksi gambar serta pameran adalah berkaitan Penang termasuklah sejarah awal penubuhan negeri ini.
  • Ada 5 seksyen di dalam muzium ini iaitu Great Wall of Penang, Miniature Local Trades, Miniature Weld Quay, Trick Art Gallery dan Interactive Theater.
  • Terletak di bangunan lama dua tingkat di Jalan Weld Quay.
Muzium ini ada dua bahagian besar selain 5 seksyen yang saya beritahu tadi. Ada bahagian luar bangunan di mana terdapatnya lukisan-lukisan 3D menarik mengenai Pulau Pinang. Dan satu lagi bahagian ialah pameran di dalam dalam bangunan. Akses untuk ke pameran dalam bangunan adalah berbayar, kalau tak silap saya ... RM10 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Manakala di luar bangunan, anda bebas untuk 'beraksi' dengan lukisan 3D yang ada di dinding.

Di bawah ini beberapa gambar yang saya ambil menggunakan Samsung Galaxy S3, iaitu bersama lukisan 3D di bahagian luar muzium ini. Tak banyak lukisan, tetapi syok juga beraksi dengan lukisan yang tersedia.
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Amacam? Nampak real tak? Hahahaa...

Bahagian dalam muzium ini agak luas. Seperti saya katakan di awal tadi, muzium ini ada 5 seksyen dan ada dua tingkat zon pameran. Malah, ada bahagian bawah tanah yang meletakkan koleksi miniature yang menarik mengenai Pulau Pinang.
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Setiap lukisan 3D yang ada menzahirkan apa yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Ada lukisan 3D mengenai opera cina, Taman Laut Pulau Pinang, chinggey, tarian naga, char kuew teow, teh tarik, nasi kandar, feri Penang dan macam-macam lagilah.

Kisah Allahyarham P. Ramlee serta sejarah Baba Nyonya Penang pun dipaparkan menerusi lukisan 3D di muzium ini. Memang syoklah bergambar, apatah lagi jika pandai membuat aksi menarik bersama lukisan gambar 3D yang ada. Pengalaman agak berbeza jika pergi ke Muzium Negeri Pulau Pinang. Muzium Pulau Pinang tak leh ambik gambar .. huhuhu...

Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Kemudahan Wifi percuma turut disediakan di muzium ini. Jadi, memang senanglah anda nak kongsi gambar yang anda ambil terus ke laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram.

Selain lukisan 3D, anda boleh juga mencuba bahagian interaktif. Di seksyen ini, ada beberapa booth interaktif yang boleh anda cuba, seperti menghasilkan imej 3D sendiri, video wajah dan .. errr ... lupa dah. Anda juga boleh lihat hasil kerja tangan anak tempatan hasilkan miniature mengenai Pulau Pinang. Baru saya tahu bagaimana rupanya pelabuhan Weld Quay ini satu ketika dahulu.
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Muzium 3D Made in Penang
Kebanyakkan miniature mengenai Pulau Pinang adalah berkaitan dengan budaya dan kehidupan masyarakatnya satu ketika dahulu, dan ianya telah dihasilkan oleh seorang artis tempatan bernama Khoo Chooi Hooi. Malah, beberapa miniature turut memasukkan dirinya sebagai seorang kanak-kanak yang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat yang ada di Penang.

Jika anda ke Muzium 3D Made in Penang ini, jangan segan bertanya kepada staff yang ada di setiap seksyen, in Sha Allah, mereka akan sedia membantu .. dan bercerita segala fakta berkaitan yang ada, terutama di seksyen miniature dan juga interaktif.

Jom cuti-cuti Malaysia ... jom ke Penang.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement