Dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan, isteri saya telah membeli sebuah kereta Perodua Axia baru, sebagai ganti kereta Perodua Viva 850cc MT yang sudah menampakkan 'keuzurannya'. Secara peribadi, memang best memandu Perodua Viva 850cc, tetapi disebabkan isteri saya melanjutkan pengajian di ibukota, dan mahu mempunyai kenderaan yang mudah guna, maka kami berdua sepakat untuk membeli Perodua Axia Advanced AT.
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Setelah membuat perkiraan dari segi kedudukan kewangan sedia ada, tawaran yang diberikan selain kewajaran mendapatkan berdasarkan value for money, kami memilih Perodua Axia untuk menggantikan Perodua Viva 850 yang telah hampir 7 tahun dimiliki.
Lambat Terima Tempahan Kerana ....
Lama juga waktu menunggu untuk tempahan Axia ni. Saya difahamkan Perodua Axia dikilangkan secara berasingan dengan unit model kereta keluaran Perodua yang lain (walaupun berada di kilang di tapak yang sama). Malah, ia menggunakan sistem kerja yang sama sekali berlainan dengan pengeluaran model lain, hanya ada satu shift sedangkan pengeluaran lain ada 2 shift. Ia sangat mementingkan kualiti, malah blue print pengeluaran Perodua Axia sangat strict dan tidak seperti pengeluaran kereta model Peroduan yang lain.Kereta Axia 1.0 (AT) Advance Version menjadi pilihan kami. Inilah kali pertama kali beli sebuah kereta dengan full specs, lagipun ia tersesuai dengan kehendak anak-anak yang mahukan kereta yang ada paparan LCD untuk tonton movie kegemaran mereka.
Hampir sebulan juga menunggu ketibaan kereta Perodua Axia ini. Itupun setelah isteri saya mendesak-desak salesman Perodua cawangan Nibong Tebal. Apatah lagi saleswomen daripada Nissan sering hantar tawaran menarik mengenai Almera menerusi WhatsApp. Alhamdulillah, kereta baru Perodua Axia 1.0 Advance Version tiba beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri 2015.
First Impression Bila Memandu Perodua Axia
First impression, memang best memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) ini. Ruang lebih besar daripada Viva, malah kemasannya juga lebih detail berbanding kereta yang pernah kami miliki. Kami juga buat perbandingan dengan Almera, dan didapati ruang kaki Axia lebih selesa dan lebih luas. Dari segi pemanduan, walaupun dilengkapi power-stering dikuasakan dengan elektrik, saya masih lagi terasa agak berat untuk memusing stereng Axia; apatah lagi jika menggunakan sebelah tangan (yang mana salah digunapakai).Apa Benda L.E.D Daun Hijau Tu?
Perkara menarik mengenai Perodua Axia ialah adanya paparan led daun hijau di dashboard pemandu. Led ini membantu untuk menggunakan petrol secara bijaksana, agar dapat memberikan lebih penjimatan - ia merupakan lampu Eco-Driving yang merupakan ciri istimewa yang ada pada Perodua Axia.Secara amnya, led Eco-Driving ini akan menyala seandainya anda memandu dengan kadar penjimatan yang disyorkan. Jika led ini terpadam, ini bermakna anda memandu dalam keadaan di mana petrol digunakan secara tidak berhemah.
Dashboard meter Peroduan Axia 1.0 Advance Version mempunyai paparan kadar perhitungan km yang wajar untuk isian petrol yang ada. Jika anda memandu, dan bar petrol menunjukkan sudah satu bar atau hampir ke E, maka sila periksa perhitungan ini.
Jimat Petrol?
Lihat paparan di bawah ini, bar indikator petrol ada 3 bar, dan sistem komputer Axia anggar dengan jumlah petrol yang ada, pemanduan boleh dibuat sehingga jarak 117km. Tapi, awas .. ini hanyalah anggaran bersandarkan kepada situasi semasa anda memandu, ia tidak kira waktu anda berhenti di persimpangan termasuklah di lampu isyarat.Untuk spesifikasi penuh, boleh rujuk di sini - Perodua Axia
Navigasi Pemanduan dan LCD Skrin
Dari segi luaran, Perodua Axia Advance Version ni lebih segak, dan nampak gagah. Dan anak-anak saya pula suka pada skrin LCD yang ada di pemuka hadapan Axia, selain mempunyai navigasi untuk pemanduan yang setakat ini telah diuji oleh isteri saya, sangat berkesan untuk perjalanan dari UM ke Putrajaya - sama efisien dengan aplikasi Waze.Kerusi semi-bucket dengan kemasan kulit memang nampak awesome. Selesa.
Saya fikir itulah antara ciri-ciri menarik yang ada pada Perodua Axia ini, selain spesifikasi penuh Axia yang boleh dikatakan antara yang terbaik di antara kereta model lain dalam Perodua. Anak-anak ... mereka cuma sukakan Axia Advance Version ini disebabkan adanya skrin LCD ... bolehlah tonton movie - bila kereta berhenti dan tarik handbrake ...keh keh keh...
Namun, apa yang disangka panas hingga ke petang, .... rupanya hujan ditengahari. Baru je dua minggu memiliki Perodua Axia ini, sudah ada masalah besar dihadapinya. Nantikan kisah akan datang, saya akan ceritakan.
Baca sambunganya di sini - Masalah Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version