MyHome - Skim Perumahan Mampu Milik Swasta. Alamak, satu kemudahan memiliki rumah yang baru saya tahu. Nampak betul saya ni naif ..hahaha. Saya ingatkan hanya ada PR1MA sahaja menawarkan pemilikan rumah untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, rupanya ada lagi satu skim dinamakan MyHome.

MyHome sudah lama, dilancarkan sejak April 2014 lagi. MyHome adalah program yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome
Saya difahamkan bahawa skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.

Insentif RM30,000 Wang Pendahuluan MyHome

Menerusi skim yang dilaksanakan ini, pembeli yang layak boleh menggunakan bantuan RM30,000 itu sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah. Butirannya seperti di bawah ini:
  • Bayaran insentif RM30000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui skim MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.
  • Pembayaran RM30000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditanda tangani.

Syarat Kelayakan Permohonan MyHome

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon skim MyHome ini:
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pembeli rumah pertama.
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
  • Pendapatan isi rumah: 
MyHome 1 : RM3000 – RM4000 untuk Rumah 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air (800 kaki persegi)
MyHome 2 : RM4001 – RM6000 untuk Rumah 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air (850 kaki persegi)

Mereka yang layak perlu patuhi peraturan moratorium (perjanjian) di bawah ini.
  • Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. 
  • Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan). 
  • Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
  • Pindah milik/jualan kepada ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri/anak dibenarkan.
Permohonan ini dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui cara-cara berikut:
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 34, No. 51,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000 Faks : 03-8891 4227

Jadi kepada anda yang masih lagi mencari rumah sendiri untuk dimiliki, tidak kiralah bujang atau sudah berkahwin, ini adalah salah satu peluang untuk mendapatkan rumah sendiri dengan skim MyHome ini.

Harga rumah setiap tahun semakin mahal. Apatah lagi harga tanah. Sekarang dah tak macam dulu, kena struggle untuk mencari, membeli dan memiliki rumah. Ramai yang kurang mampu apabila melihatkan harga-harga rumah sekarang yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membuka peluang untuk mereka yang memerlukan. Semoga dimanfaatkan sepenuhnya.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement