Smartphone Asus Zenfone untuk emak. Dah lama emak saya beritahu saya mengenai masalah telefon sedia ada yang susah nak taip mesej. Mana tidaknya, emak saya tak berapa nak tahu guna keypad telefon yang bercampur 3 huruf pada satu butang ... huhuhu ... seperti memberikan hint agar saya mendapatkan sebuah telefon untuknya yang memudahkan hantar mesej.

Emak saya memang suka sembang. Dengan anak-anak dia boleh sembang tanpa henti walaupun anak-anak kadangkala dengar macam acuh tak acuh je. Kalau tak nyembang, emak akan rasa sunyi. Jika saya bawa emak berjalan-jalan ke, makan angin ke, mesti dia nak ada kawan nyembang. Mati kutu katanya kalau tak menyembang.

Smartphone Asus Zenfone Untuk Emak

Smartphone Asus Zenfone Untuk Emak
Pernah sekali saya bawa emak ke hospital, ziarah saudara yang terlantar sakit dan diwadkan di hospital. Baru je 20 minit berada di wad, emak sudah dapat kawan nyembang. Memang ramah tamah mak saya ni, sampaikan saya terpaksa tegur, risau menyembang dengan orang yang 'salah'. Faham kan maksud saya ... huhuhuhu ...

Disebabkan itu, saya fikir sebuah smartphone yang sesuai perlu diberikan pada emak. Mulanya nak berikan telefon lama sahaja (yang pernah saya gunakan), tetapi kemudian ... saya fikir, apalah sangat jika saya berikan sebuah smartphone baru untuk emak. Tentu emak akan lebih gembira dapat benda baru daripada benda 2nd hand, apatah lagi ia pemberian dari seorang anak.

Jadi, tanpa fikir sangat, saya pun dapatkan sebuah smartphone untuk emak menerusi Lazada Malaysia. Untung pula, Lazada ada buat sale sempena Merdeka. Jadi, dapatlah saya belikan sebuah telefon yang sesuai untuk emak dengan harga mampu.

Saya belikan emak sebuah telefon Asus Zenfone C.
Smartphone Asus Zenfone Untuk Emak
Alhamdulillah, saya order online di Lazada, bayar dengan kad kredit CIMB ... dengan diskaun diberikan, smartphone untuk emak sampai lebih kurang 3 hari selepas beli online. Semuanya ok, dan saya pun dah setupkan telefon untuk mudahkan emak menggunakannya.

Saya harap emak suka akan pemberian saya ini. Inilah hasil kerjaya saya sebagai seorang blogger dan buat duit online menerusi blog. Yeah .. lepas ni bolehlah emas saya terus SMS dan mesej kawan-kawan serta sanak sedara dengan telefon baru ini. Mungkin berWhatsApp dengan anak-anak saya yang sudahpun ada group WhatsApp sendiri .. hehehe.

p.s: Apapun hadiah pemberian untuk emak kita, takkan dapat balas jasa yang melahirkan dan membesarkan kita.Tapi, hargailah mereka walau hanya dengan bertanya khabar.



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement