Taman Rama-Rama Cameron Highlands. Waduhh, lama sungguh saya peram gambar dan cerita mengenai Cameron Highlands ni. Alhamdulillah, dapat juga saya terbitkan di blog ini. Antara lokasi tempat menarik di Cameron Highlands yang anak-anak saya tak jemu nak pergi.

Jika ke Cameron Highlands, anda akan perasan akan lokasi Taman Rama-Rama Cameron Highlands (Butterfly Farm Cameron Highlands) ini. Ada dua Taman Rama-Rama di Cameron Highlands yang sering menjadi tumpuan pelancong. Dan dua-duanya terletak berdekatan antara satu sama lain, iaitu di Kea Farm. Ia terletak kira-kira 3 km dari Brinchang, dan 5 km dari Tanah Rata.

Taman Rama-Rama Cameron Highlands

Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini berbayar ye. Kali terakhir saya dan famili pergi ke sini, kena bayar RM5 untuk dewasa, dan RM3 untuk kanak-kanak. Dua-dua tempat mengenakan harga tiket masuk yang sama. Cuma saya dan anak-anak lebih suka masuk Butterfly Farms yang pertama (jika dari arah Kea Farm). Ada restoran di Butterfly Farms ni, dan ada ruang letak kereta disediakan di sebelah pintu masuk.

Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Memang ada banyak rama-rama cantik di Taman Rama-Rama Cameron Highlands. Ada dari spesies tempatan, ada juga dari spesies luar, tapi dibiakkan di sini.

Rama-Rama 'Jinak'

Anak-anak saya seronok masuk ke Butterfly Farm Cameron Highlands ini sebab rama-rama yang ada boleh dikatakan 'jinak'. Seronok bermain, siap main tangkap-tangkap dengan tangan lagi. Bagus untuk anak-anak melihat sendiri akan kehidupan dan habitat rama-rama ni. 
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Terkenang masa zaman kecik-kecik dahulu, sering tangkap rama-rama di padang sekolah, lagi kat halaman rumah orang yang banyak tanam pokok bunga. Dan saya agak pasti, banyak rama-rama spesies Malaysia ni suka sangat 'melepak' kat Bunga Tahi Ayam .. hoho.

Tempat Terbaik Untuk Photographer

Butterfly Farm Cameron Highlands juga tempat paling sesuai untuk mereka yang gemar ambil gambar flora dan serangga kecil seperti rama-rama. Ada banyak spesies rare yang hanya terdapat di Malaysia, antaranya Rajah Brooke yang bersaiz besar.
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Oh ya, Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini bukan hanya ada spesies rama-rama sahaja, malah ada haiwan lain yang memang bagus untuk pembelajaran anak-anak yang mahu tahu mengenai alam sekitar. Nanti saya akan sediakan satu entri lain beserta lebih banyak gambar best di Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini.

Tips Berada Taman Rama-Rama Cameron Highlands

  • Datang pada waktu pagi hari, sewaktu matahari baru nak naik - sebaiknya sebelum tengahari. Rama-rama akan aktif waktu ni mencari makanan.
  • Elakkan datang selepas hujan, sebab rama-rama akan duduk diam di tempatnya. Selalunya di tempat tinggi, susah nak ambil gambar.
  • Pakai bau-bau yang wangi, in Sha Allah, akan menarik minat rama-rama untuk 'kerumun' anda.
  • Basuh tangan jika pegang atau terpegang rama-rama kerana 'debu'nya dikatakan beracun.

Ok. Dah pernah pergi? Kongsikan rasa dan pengalaman anda di ruangan komen ye, dan jangan lupa baca entri seterusnya - Apa Yang Menarik di Dalam Cameron Highlands Butterfly Farm


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement