Tips Adsense dari Google yang harus anda tahu. Ok. Mungkin pada sesetengah orang, tips yang akan saya berikan ini bukanlah tips luar biasa, mahupun rahsia. Ramai dah tahu cara nak buat income blog menerusi Adsense ni. Apatah lagi sudah ada ebook khas yang ceritakan dari A sampai Z cara-cara nak monetize blog dengan Adsense.

Adsense menerusi blogspot mudah. Blogger yang menggunakan blogspot sebagai platform blogging percuma, boleh terus apply untuk dapatkan sebuah akaun Adsense dalam masa beberapa hari. Kalau blog sudah lama terisi dengan kandungan terbaik, in Sha Allah, dalam masa kurang 48 jam sudah boleh dapat akaun Adsense sendiri.

Tips Adsense Dari Google Harus Anda Tahu

Saya dah banyak berikan tips mengenai Adsense ini. Walaupun saya bukanlah orang yang benar layak nak bercerita, namun saya suka nak kongsikan apa yang blogger lain dah buat, terutama blogger yang berjaya dapat income USD10-20K setiap bulan menerusi Adsense.
Ada banyak cabang menerusi Adsense yang boleh anda buat income sampingan. 3 cabang utama ialah banner iklan Adsense, kotak search Adsense dan YouTube. Dalam blog, anda boleh gunakan tiga cabang ini untuk buat duit.
  1. Iklan Adsense - letakkan kod HTML banner iklan Adsense di dalam blog, terutama di bahagian atas blog (tetapi bukan atas header blog). Juga disarankan letakkan iklan Adsense ini di dalam post, contohnya meletakkannya di bawah atau atas setiap tajuk entri. Anda juga boleh letakkan di sidebar blog. 
  2. Kotak Search - Anda disarankan menggunakan kekotak carian Google Adsense yang ada disediakan. Dengan adanya kekotak carian ini di dalam blog, anda sebenarnya membolehkan Adsense menyediakan iklan yang khas dan khusus untuk pengunjung blog anda berdasarkan kepada keyword carian yang ditulis.
  3. YouTube - Video adalah antara cara mudah ramai pengguna Adsense meningkatkan income, terutama jika sesuatu video itu menjadi viral. Dan anda boleh letakkan video YouTube tersebut di dalam post entri blog atau letakkan di sidebar untuk menggandakan income anda. Boleh belajar cara buat duit Adsense di YouTube dengan dapatkan coaching dari sifu sebenar - Personal Coaching YouTube Adsense
Seandainya anda perasan, saya telah menggunakan ketiga-tiga cara ini di dalam blog, dan alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Jika anda tidak mencubanya, rugilah dan penatlah anda ada akaun Adsense sendiri.

 [Ads] Nak buat duit di YouTube tanpa Adsense? Muat turun panduan ini - Rahsis Duit YouTube

Adsense adalah antara cara untuk anda jana income blog dalam USD. Jika anda gagal nak dapatkan akaun Adsense sendiri, boleh cuba gunakan platform pengiklanan lain yang turut membayar dalam USD seperti pengiklanan PopAds dan juga H12.

Oh ya, satu perkara penting mengenai cara nak buat duit dengan Adsense ialah ....

"Creating a useful and information-rich site is key to long-term revenue success with AdSense." - Team Adsense

Jadi, seandainya anda seorang newbie tentang Adsense, tentang blog .. pastikan dulu bahawa tips penting ini dipatuhi .. jika tidak, nak dapatkan akaun Adsense pun tak lepas-lepas, dan nak jana income menerusi Adsense pun tak kesampaiannya.

Semoga dimanfaatkan.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement