Trafik blog ini untuk bulan Ogos 2015 nampaknya kurang memberansangkan. Jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan awal tahun 2015. Kadar bounce rate juga meningkat berkali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya.

Saya kongsikan kepada anda trafik blog ini untuk bulan Ogos 2015, dan juga trafik blog untuk 3 bulan terakhir dari Jun hingga Ogos 2015. Dan saya akan kongsikan sedikit analisis untuk dijadikan sebagai panduan mendapatkan trafik, in Sha Allah lebih baik daripada saya.

Trafik Blog Ogos 2015

Trafik Blog Ogos 2015

Trafik Blog June - Ogos 2015

Trafik blog dari Jun hingga Ogos 2015

Sebab Trafik Mendukacitakan

Antara sebab utama berlakunya penurunan trafik ialah disebabkan saya sudah jarang update artikel atau blog post berkaitan panduan blogger yang merupakan antara penyumbang trafik konsisten. Bila tak ada gunakan keyword berkaitan panduan blogger, tips blogging maka jumlah artikel yang disenaraikan di enjin carian menjadi kurang, dan beri impak pada SEO secara keseluruhan untuk keyword tersebut.

Keduanya ialah saya memang dah jarang update, dari 5-10 blog post sehari, dah menjadi antara 1-3 blog post sehari sahaja.

Ketiganya adalah berkemungkinan disebabkan saya ada mengeluarkan atau padam beberapa artikel lama. Jadi, sumber nak dapatkan trafik dah kurang.

Keempat ialah saya sudah tidak menggunakan teknik ping blog yang berkesan. Saya lebih kepada ping blog ikut kelapangan saya. Jika tidak, masa antara jam 10 pagi hingga 1 petang ialah masa yang sesuai untuk saya kongsikan entri.

Sebelum ini, bounce rate blog agak rendah. Blog ini pernah catat bounce rate bawah 15%, tetapi untuk bulan Ogos 2015, termasuklah bounce rate untuk 3 bulan dari Jun hingga Ogos, menampakkan kadar bounce rate dah lebih 50%, yang sangat tidak bagus untuk sesebuah blog.

Antara sebab yang boleh saya simpulkan ialah .....
  • Kurangnya penggunaan video dalam blog post yang menjadi antara teknik terbaik untuk menurunkan kadar bounce rate sesebuah blog.
  • Iklan Innity jenis Take Over Site yang menyebabkan ramai pengunjung klik pangkah, begitu juga dengan jenis iklan balloon oleh Innity yang menyebabkan pengunjung dan pembaca tidak selesa.
  • Saya ada cuba letakkan iklan PopAds untuk beberapa ketika dalam bulan Julai, begitu juga awal Ogos; menyebabkan bounce rate blog meningkat berkali ganda.
  • Kelembapan blog saya untuk loading. Kadar loading sudah jadi berat sejak akhir-akhir ini. Untuk info, blog sebaiknya perlu loading sepenuhnya kurang dari 5 saat. Kemungkinan disebabkan saya telah mengubah terlalu banyak koding di dalam template asal sehingga menjejaskan kebolehannya.
  • Ada entri dipadamkan. Bila ada entri dipadamkan, ia akan menambahkan lagi kadar bounce rate blog kerana pengunjung singgah tapi entri dah padam, memang kena pangkah la jawabnya. Saya pernah cerita bahana padam entri ini.

Fuh. Nampak banyak benda yang telah saya lakukan sehingga menjejaskan trafik blog ini, termasuklah kadar bounce rate. Maka, terpaksalah saya berusaha semula untuk perbaiki keadaan yang telah dirosakkan oleh saya sendiri .... adeh ...

[Baca] 3 Teknik Umpan Pengunjung Blog dari Laman Sosial

Jangan ikut kesilapan yang telah saya buat ini ... :)


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement