10 Cara Menambah Pendapatan. Ok. Ramai yang sudah tahu akan intipati Bajet 2016, dan saya pasti ramai yang telah membaca walau sepintas lalu akan kandungan penuh teks ucapan Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Bagi saya, tiada apa yang sangat menarik mengenai pembentangan bajet kali ini. Sebagai mereka yang tergolong di kalangan kelas pertengahan di Malaysia, saya merasakan Bajet 2016 agak meminggirkan golongan ini. Jadi, percaturan ekonomi untuk golongan ini agak mencabar di tahun 2016. Maka, sangat penting golongan pertengahan mencari alternatif untuk menambah pendapatan.

7 Idea Cara Menambah Pendapatan

7 Idea Cara Menambah Pendapatan
In Sha Allah, dalam artikel yang ringkas ini, saya ingin kongsikan 7 cara menambah pendapatan bagi meringankan beban kewangan golongan seperti saya.

Tawarkan Produk Secara Dalam Talian

Sekarang terdapat banyak produk yang boleh anda jual, samada produk fizikal mahupun elektronik. Anda boleh menjual produk-produk ini samada menerusi affiliate mahupun dropship. Kedua-dua program ini merupakan program menjana pendapatan sampingan yang boleh anda lakukan secara dalam talian dan hanya dari rumah, dan kebanyakkannya tidak memerlukan modal besar.

Mahu cuba jual produk dropship? Apakata mencuba - Muslim Niaga Dropship

Malah, untuk program affiliate, anda tidak perlu mengeluarkan modal sesen pun. Pendaftaran untuk menjual produk affiliate adalah percuma! Anda boleh gunakan butang SEARCH di blog ini untuk mencari artikel saya berkaitan affiliate di mana anda akan jumpa bagaimana menjana income menerusi affiliate itu adalah mudah untuk dilakukan jika mempunyai ilmu pengetahuan yang betul.

Berniaga Secara Sambilan

Apa yang saya maksudkan ini adalah merupakan bisnes anda sendiri. Anda mungkin boleh berniaga dengan menjual barang-barang yang murah dari China. Untuk cara ini, anda perlu ada sedikit modal untuk memulakan berniaga secara sambilan.

Ketahui cara untuk mendapatkan barang import dari China dengan klik pautan berikut: Panduan Import Barang dari China

Atau anda boleh berniaga kecil-kecilan dengan menjual kek coklat dari rumah. Atau mungkin menjual pakaian kanak-kanak, yang anda dapatkan secara borong dari pemborong tempatan.

Tawarkan Perkhidmatan Berdasarkan Minat

Anda mungkin seorang yang suka mengemas rumah. Apakata anda tawarkan perkhidmatan untuk kemas rumah orang lain? Bagaimana pula dengan perkhidmatan penghantaran barang dari satu pejabat ke pejabat yang lain atau ke destinasi tertentu yang anda selalu pergi?

Ketahui bagaimana nak jana income menerusi bidang fotografi dengan klik pautan berikut: Tatacara Terbaik Bisnes Fotografi

Seandainya anda minat fotografi, anda boleh tawarkan perkhidmatan anda sebagai jurufoto sambilan di majlis orang kahwin, kenduri kesyukuran dan sebagainya. Atau mungkin perkhidmatan membasuh kereta dari rumah ke rumah. Dan seperti saya, saya suka menulis, maka saya tawarkan perkhidmatan untuk menulis artikel berbayar berkaitan produk dan servis orang lain di blog; sesuatu yang telah saya lakukan sejak 3 tahun dahulu. Alhamdulillah, ia memberikan pendapatan sampingan yang agak baik untuk diri saya.

Menjual Barangan Terpakai

Kadangkala ada barangan di rumah yang sudah tidak digunakan lagi. Saya sendiri pernah menjual barangan terpakai iaitu Philip AirFryer dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran walaupun barangan itu baru 4-5 kali memakainya.

Anda mungkin boleh menjual barangan bayi kerana barangan bayi yang baru di pasaran agak mahal harganya. Jadi, barangan bayi yang mungkin masih elok dan tersimpan dengan baik, boleh anda jual dengan harga yang berpatutan. Saya pasti banyak barangan bayi yang anda masih simpan yang boleh dijual seperti stroller, bakul bayi, baju-baju bayi kecil (bawah setahun), stokin dan sebagainya. Anda mungkin terkejut kerana bukan semua orang mampu beli barangan bayi yang baru di pasaraya. Apatah lagi jika produk itu produk berjenama.

Menjadi Agen Takaful

Samada anda sedar atau tidak, menjadi seorang agen takaful secara sambilan adalah salah satu cara yang menarik untuk menambah pendapatan. Malah, ia boleh dikatakan antara cara yang memberikan income sampingan yang agak lumayan jika tahu caranya dengan betul. Ramai antara kawan-kawan saya yang menceburi bidang ini sudah berjaya dengan income secara konsisten setiap bulan 4-5 angka walaupun mereka masih lagi bekerja di sektor awam dan swasta.

Menjadi Agen Hartanah

Satu lagi cara untuk menambah pendapatan yang sangat lumayan. Apa yang perlu anda buat ialah dengan mendaftarkan diri sebagai seorang agen hartanah secara sambilan atau part time. 

Hartanah adalah sesuatu yang anda boleh nampak setiap hari. Anda nampak bangunan kosong atau rumah kediaman yang kosong, anda boleh contact owner atau pemaju untuk menjadi agen atau broker menjualnya. Menerusi zaman teknologi serba canggih, anda boleh mewar-warkan atau mengiklannya dengan mudah dan percuma menerusi media sosial tanpa sebarang kos.

[Info] Ketahui Bagaimana Otai Hartanah Jadi Jutawan Mudah Dengan Rumah Sewa

Hasilkan Tulisan Menarik Menerusi Blog

Saya mengakui, menjadi seorang penulis blog boleh dijadikan salah satu sumber menambah pendapatan. Malah, ada banyak lagi cara untuk menambah pendapatan dengan menulis. Jika anda seorang yang suka bercerita dan menulis, maka saya sangat syorkan anda menjadikan bakat atau hobi ini sebagai salah satu sumber menambah income.

Tulisan yang menarik menerusi blog boleh memberikan income seandainya ianya ditulis dengan baik dan mengundang pembaca dari seluruh dunia. Tahukah anda, seorang penulis blog pernah dibayar sebanyak RM8,000 untuk satu artikel yang diterbitkan di sebuah laman web terkemuka, hanya kerana editor laman web tersebut telah StumbleUpon artikel yang ditulis oleh penulis blog ini. Dan menariknya ialah, artikel itu telah ditulis lebih setahun sebelum.

Rasanya cukuplah dengan 7 idea atau cara untuk menambah pendapatan ini. Ada banyak lagi cara atau sumber menambah income yang boleh difikirkan. Kadangkala perkara itu adalah benda simple yang anda lakukan hari-hari, tetapi tidak pada orang lain.

Moga perkongsian saya ini dimanfaatkan.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement