Segalanya berlaku di suatu hari apabila lampu indikator warna kuning tidak berhenti berkelip-kelip, dan udara yang keluar dari penyaman udara Acson yang baru beli tak keluarkan angin sejuk seperti di awal pemasangan.
Acson Beli Seminggu Dah Problem!
Lampu indikator warna kuning berkelip sebanyak 3 kali secara berjujukan. Lampu indikator tesebut merupakan lampu untuk pemasa untuk buka dan tutup penghawa dingin. Saya jadi mushkil, kenapakah Acson yang baru beli seminggu dah ada problem?Telefon Kontraktor Pasang Air-Cond Acson
"Hello Mr. K ... ini Hasrul, yang beli Acson hari tu ... yang pasang kat area Nibong Tebal ..""Aha ..ingat ingat ... apa masalah? Ok, nanti saya report pada Acson.."
Selang beberapa minit selepas saya telefon kontraktor yang memasang Acson di rumah saya, saya terima satu sms mengatakan aduan berkaitan kerosakan Acson telah diterima. SMS tersebut dihantar oleh pihak Acson sendiri.
Wakil Acson Datang Periksa
Keesokan harinya, datanglah sebuah van tertulis Acson. Seorang lelaki muda melayu pun keluar. Dia bertanyakan apa masalah penghawa dingin saya."Lampu kuning tu dia berkedip 3 kali ... pastu berhenti... pastu berkedip balik ."
"Tapi tak sejuk pun ... angin je keluar .. " tambah saya.
Wakil Acson tu pun periksa penghawa dingin yang baru saya beli secara online di laman web Acson Malaysia. Kemudian, dia beritahu ...
Masalah Unit Sensor
"Ada masalah sensor ni encik, dia tak boleh detect suhu bilik ni. Mungkin sebab ruang bilik tak sesuai kot dengan air-cond ni. Ni cuma 1.0HP je encik .." kata lelaki muda tersebut."Sebelum ni sejuk tak?" tanya lelaki dari Acson.
"Sejuk je .. ok sampai ke pagi .. selalu saya pasang waktu malam kalau panas..." jawab saya dengan confident.
Kemudian, lelaki muda ini mengeluarkan satu wayar dan menggantikan dengan wayar yang baru.
"Apa tu?" tanya saya.
"Saya ganti sensor .... free encik, tak perlu bayar .. masih dalam warranty" kata dia.
Masalah Sebenar Air-Cond Tak Sejuk
"Lepas ni, saya nak periksa kat bahagian outdoor pulak .." kata lelaki muda tu selepas test angin keluar tak berapa sejuk walaupun selepas tukar sensor baru.Wakil Acson tu pun, dengan gigihnya .. memeriksa unit luar penghawa dingin.
"Ada leakage la encik, di bahagian penyambung ni .."
"Bukan salah unit ni encik, tapi silap pemasangan ni .. nanti encik telefon kontraktor yang pasang tu, beritahu saya cakap ada masalah kat bahagian hos penyambung ..." beritahu lelaki muda itu lagi.
"Tapi saya dah ketatkan, cuma nanti kena telefon kontraktor tu balik kalau tak sejuk ..." tambah wakil Acson tu lagi.
"Saya akan isi gas baru ... " kata dia lagi, sambil memberitahu bahawa unit saya dah ok.
Saya ucapkan terima kasih kepada lelaki muda tersebut. Sambil-sambil tu saya sempat juga sembang berkaitan penghawa dingin ni....cara nak jaga dan maintain supaya kekal tahan lama ... in Sha Allah, nanti saya akan kongsikan di lain artikel dalam panduan House Husband .. huhuhu...
Tapi ... Masalah Tak Settle!
Tapi .... masalah penghawa dingin saya tak settle .. selepas lebih kurang seminggu, saya dapati penghawa dingin saya tak sejuk seperti di awal-awal pemasangan. Uhh kecewa betul. Saya dapati bahagian hos di penyambung unit luar ada tompok basah dan berminyak ... saya pun teringat akan kata lelaki muda wakil Acson tempoh hari, kalau ada leakage, hos tersebut akan nampak basah dan bila dirasa dengan jari, ada rasa licin macam berminyak.Agak lama juga kontraktor tu buat kerja, perbetulkan masalah penyambungan unit luar penghawa dingin Acson saya. Saya nampak dia perbetulkan hos, dan kemudian memeriksa saluran untuk lihat samada berlaku kebocoran yang lain.
Alhamdulillah, setelah diisikan dengan gas yang baru, barulah penghawa dingin saya ok semula.
Untuk pengetahuan, kontraktor ini menghabiskan masa selama 2 hari untuk settle problem Acson saya. Ini disebabkan oleh gas untuk penghawa dingin Acson dari jenis yang terkini dan dia tak bawa gas bersesuaian untuk isi semula gas yang hilang akibat kebocoran.
"Air cond Acson ni pakai gas mahal ... jenis cepat sejuk. Kalau mau servis, isi gas ni .. jangan guna gas murah yang biasa ... nanti dia boleh rosak ... " lalu dia menunjukkan spec gas yang digunakan oleh unit penghawa dingin Acson saya.
Fuh. Akhirnya. Semua settle.
Sekarang, saya dapat tahu ada offer beli online Acson - beli satu percuma satu. Kepada sesiapa yang nak beli online produk Acson ni, ingat balik tips yang telah saya berikan dalam artikel lepas tu ye .... jangan silap lak .. haha ...
Selesai sahaja kerja, selang beberapa hari, saya dapat sms mengatakan masalah saya telah diselesaikan ... huhuhu .. dan diminta untuk buat review ringkas mengenai kontraktor yang pasang unit Acson yang telah dibeli.